Saya juga ingin menulis, tapi masih tidak tahu apa yang nak disampaikan kepada semua. Biasanya saya akan berceloteh di blog hubby saya iaitu Saifulislam.com, walaupun ada kala saya malas nak ‘layan’ persoalan-persoalan yang ada di situ. Mungkin bukan tidak tahu, cuma tidak tahu yang mana satu.
Apakah ’speciality’ saya? Yang pastinya saya lemah dalam isu-isu global dan haraki. Minat saya lebih cenderung kepada isu kesihatan, kekeluargaan, dakwah para remaja dan akhlak. Saya sentiasa bercita-cita untuk membuka dan mengubah minda semua untuk masalah kesihatan, hospital dan yang berkait dengannya.
InsyaAllah, saya akan cuba menulis dengan efektif, efisien dan istiqomah. Dengan itu para pembaca, doakan saya..
UMMUSAIF.COM
56000 Kuala Lumpur

alhamdulillah~ bertambah seorang pemikir dan penulis islam… setiap orang itu ada kelebihan dan speciality tersendiri. pasti ada sesuatu pada diri ummu saif yang melengkapi abu saif. waiting for the posts~!
good luck and keep on writing~ ketahuilah, penulisan mampu mengubah bangsa. penulisan adalah seruan Allah dalam kalam-NYA. pembacaan ada wahyu pertama yang diagungkan. dan Quran dibukukan hasil gabungan keduanya, masyaAllah~
“demi pena dan apa yang mereka tuliskan” – Surah al-Qalam (68): 1