Semalam, untuk kali pertamanya saya ikut hubby solat terawih di masjid semenjak bermastautin di ibu negara. Terukkan? Yelah, selalunya kena tinggal di rumah sebab kena jaga anak-anak. Semenjak ada bibik ini barulah saya berpeluang ikut hubby ke masjid.
Semangat, memang semangat lebih-lebih lagi hubby akan bagi tazkirah di surau tersebut. Kerana kami bertolak selepas berbuka puasa di rumah, maka kami sempat sampai selepas solat isya’. Imam solat terawih merupakan seorang ‘hafiz’ yang berasal dari Riau.
Sewaktu masuk solat terawih, imam terus sahaja melafazkan takbiratul ihram di mikrofon. Saya pun bergegas masuk ke dalam saf dan menghampiri wanita yang di sebelah kanan saya. Terkejut saya melihat wanita yang di sebelah bahu kiri saya berdiri jauh dari saya lebih kurang se depa jaraknya. Saya lihat keliling. Ramai yang berjauhan bahu antara satu sama lain. Hairan.
Bagusnya di surau ini, tazkirah ramadhan dibuat selepas selesai witir. Siapa nak dengar, dengar. Siapa nak balik, silakan. Saya rasa cara ini lebih profesional dan ‘customer friendly’ tanpa perlu memaksa jemaah mendengar tazkirah dengan meletakkan ceramah panjang-panjang tu di tengah solat terawih.
Selepas habis solat terawih yang ke lapan rakaat, ada beberapa ahli jemaah yang pulang ke rumah. Sekali lagi, saya lihat kepelikan kedua berlaku. Banyak lompong-lompong di dalam saf. Ganjil sekali. Mengapa ramai yang tidak berusaha untuk mengisi kelompongan itu?
Kemudian, sewaktu solat witir, saya perhatikan wanita yang di sebelah saya solat tetapi tidak bersama dengan imam. Beliau solat 2 rakat dan kemudiannya beransur pulang. Begitu juga wanita yang di sebelahnya. Menjadikan sebelah kanan saya lompong yang boleh memuatkan 3 orang. Ini berterusan hingga selesai solat witir.

Pelik!
Mengapa ini semua berlaku? Adakah sebab surau yang luas maka jemaah tidak berusaha merapatkan saf? Seingat saya sewaktu di sekolah dulu, kami semua diajar untuk melurus dan merapatkan saf. Siap diajar bagaimana untuk bergerak ke hadapan, ke kiri atau ke kanan hingga kadang-kadang melebihi 5 langkah!
“Mungkin sebab imam lupa ingatkan jemaah untuk rapat dan luruskan saf kot?”, saya mengagak.
لا تختلفوا فتختلف قلوبكم
“Janganlah kamu pecah belahkan (saf), atau nantinya hati kamu juga akan berpecah belah” – Hadith
UMMUSAIF.COM
56000 Kuala Lumpur



assalamualaikum ummu saif.
first time ana masuk blog ni, coz ada kawan linkkan utk sertai perbincgn saf tak rapat ni. ya, ini juga berlaku kat masjid ana, specifiknya di saf prempuan. spt kes2 shbt2 tulis di atas, itu juga yg berlaku kat ana.
cuma nak share satu citer la. hari ke-3 or 4 puasa, ana dah rancang strategi ngn 2 org lagi adik pmpuan ana. kami akan pegi masuk saf dan duduk rapat mcm yg sepatutnya. but earlier stage, ana arahkan adik2 ana utk mgesan terlebih dhulu mana2 space kecil, dan sumbat sjadah kat situ. takyah mintak kbenaran, masuk jer…ataupun kalu lg berani, tak yah guna sjadah kita langsung,tumpang je.lelama krn tak selesa, mereka akan pepandai makan space sjadah org sebelah dan mnyebabkan jurang secara keseluruhannya jadi kecik. huhu..
taktik ni available only at weekend whenever all my sis back home. erm..mcm smalam, ana tak dapat nak buat apa..pandang dgn hati ‘bengkek’ gak la.. yang geramnya, kalau org hadapan keluar, mereka sanggup tinggal kosong saf tu.. kalu org tua boleh kata sakit lutut nk gerak2.. ni org muda pun sama.. hm..cuma kalu ana nmpak yg muda liat2 mcm tu, ana suruh jugak..tapi senyum mleret-leret lah..nnti kata kita sombong pulak.
ummu saif, apa pndapat ttg moreh? Tempat ana tak der moreh..ana rasa kurang satu slot utk lebih dkt ngn masyarakt. huhu, ana rasa sedih, rugi dan kesal.