Ummu Saif masih sibuk.
Abu Saif ambil alih seketika. Mengisi ruang di ummusaif.com ini.
Kebelakangan ini, saya semakin merasakan bahawa pilihan Ummu Saif untuk membuat specialization di dalam Emergency Medicine adalah pilihan yang semakin tepat. Saya teruja melihat pelbagai kursus yang perlu Ummu Saif hadiri. Cuma, sedikit bimbang dengan keadaan dirinya yang berbadan dua.
Tempoh hari, Ummu Saif pergi ke Hospital Lumut untuk mempelajari teknik-teknik rawatan dan pengendalian hyperbaric chamber.
Kemudian, Ummu Saif mengadap ahli forensik patologi di HKL. Atau dalam bahasa komersil yang lebih mudah, crime scene investigation (CSI).
Terbaru, semasa saya berceramah di Pejabat Angkasawan Negara di Agensi Angkasa Negara (MOSTI) Putra Jaya, Ummu Saif pergi berkursus dengan pihak bomba pula. Wah, teruja melihat gambar-gambar di bawah.

Ummu Saif semasa melawat bomba udara di Subang, mempelajari teknik-teknik pengendalian kes mereka, kaedah operasi calling centre dan lain-lain, sebagai sebahagian daripada pengetahuan yang mesti diketahui oleh pakar Perubatan Kecemasan

Ini pula adalah motor berkuasa tinggi yang digunakan oleh pihak bomba untuk meninjau lokasi kejadian sebelum pasukan utama tiba. Terlalu besar untuk Ummu Saif!

Ini pula foto Ummu Saif di dalam ambulance udara yang digunakan oleh pihak Bomba untuk operasi menyelamat. Boleh memuatkan lebih 20 buah stretcher!
Pagi ini, saya mencari dua ekor ayam hidup untuk disembelih. ‘Mereka berdua’ dihantar bersama Ummu Saif ke Maktab Polis Diraja Malaysia, Cheras untuk mempelajari kesan peluru tembakan. Asalnya semua merancang mahu menembak anjing. Tetapi ramai pula yang tak sampai hati. Maka dua ekor ayam itulah yang menjadi mangsanya. Supaya tidak terlalu tragis, ayam itu disembelih pagi ini terlebih dahulu.
Hari ini adalah pelajaran untuk Ummu Saif mengenal perbezaan di antara pistol dan revolver, jenis-jenis peluru, bagaimana mengeluarkan peluru dari tubuh sesuai dengan definisi mudahnya, polis menguruskan peluru di dalam senjata, pakar perubatan kecemasan dan pembedahan menguruskan peluru di dalam tubuh badan.
Standby Superman, Iceman, Spiderman, Batman, Robin too…
She’s my truly Superwoman!
ABU SAIF @ www.ummusaif.com
68000 Ampang
comellah kisah ni….=)