

Semalam, saya bekerja seperti biasa. Sibuk, penat dan pening dengan pelbagai sakit dan ragam manusia sudah menjadi lumrah bagi kerjaya yan saya pilih ini. Tapi bak kata pepatah, alah bisa tegal biasa. Dan alhamdulillah, keadaan di jabatan saya semalam tidaklah begitu sibuk.
Namun, ada sesuatu yang merunsingkan saya. Satu kes kanak-kanak perempuan sekolah rendah yang dicabul di tangga kondominium tempat tinggal beliau.
Ceritanya begini.
Seorang murid perempuan tahun 6 sedang turun dengan menggunakan lif rumahnya. Manakala si ibu menunggu di tingkat bawah kondominium. Sampai di satu tingkat, seorang lelaki memasuki lif tersebut. Lelaki tersebut telah menahan beliau daripada keluar dari lif dan kemudian menekan butang lif ke atas. Beliau telah dibawa ke bahagian tangga kondo.
Daripada cerita murid tersebut, lelaki tersebut ingin memeriksa sama ada beliau ada dijangkiti demam denggi. Maka, lelaki tersebut meminta untuk memeriksa badan beliau. Dimulai dengan pemeriksaan tangan hinggalah ke paha dan seterusnya. Ditanya sama ada beliau dipaksa dan sama ada beliau ada menjerit meminta tolong, beliau mengatakan tidak.
Geram, pelik, marah, runsing!
Geram dan marah dengan tindakan lelaki itu.
Pelik dan runsing dengan betapa mudahnya hal ini berlaku. Ini bukanlah kali pertama berita pelajar sekolah dicabul di kawasan pangsapuri atau kondominium. Ada yang melibatkan pembunuhan mangsa.
Saya hairan, mengapa murid tersebut dibenarkan menaiki lif sendirian?
Saya juga hairan, mengapa murid tersebut tidak menjerit meminta tolong?
Mengapa ini semua berlaku (khususnya kepada murid-murid sekolah rendah)?
Kecuaian ibu bapa?
Mengapa ibu bapa begitu mudah percaya dengan persekitaran tempat tinggal mereka? Ibu bapa mestilah menemani anak-anak di bawah umur apabila memasuki lif. Bagaimana pula ceritanya dengan murid-murid yang menaiki pengangkutan awam? Adakah wajar mereka dibenarkan menunggu bas keseorangan di luar pondok jaga di subuh hari? Adakah mereka sudah terselamat daripada anasir-anasir jahat?
Kurangnya pemahaman ‘dont talk to a stranger’ dan juga pendidikan seks?
Saya masih mencari jawapan bagi persoalan-persoalan di atas. Tidak tahu di mana puncanya. Tapi apa yang saya pasti, sebagai ibu bapa kita haruslah lebih peka, proaktif dan ‘expect the unexpected‘.
Kita mesti mengajar anak kita agar tidak mengikuti mana-mana orang yang tidak dikenali. Jerit apa bila perlu dan dipaksa.
Jangan sesekali benarkan orang lain menyentuh anggota badan mereka di luar pengetahuan ibu bapa mereka (kecuali doktor di klinik atau hospital).
Akhir sekali, sentiasa lihat kepada perubahan emosi dan tingkah laku anak. Jangan lewat dalam mengambil tindakan yang sepatutnya apabila anda mengesyaki sesuatu. Dan yang paling penting, jangan malu atau takut dalam mengambil tindakan!
UMMUSAIF.COM
68000, Kuala Lumpur
Dear Ummusaif.
Fully agreed!
Hampir setiap hari semenjak suami bertugas di level ke 2 department emergency, beliau akan menceritakan kes yang melibatkan kes-kes polis termasuk sexual harassment.
Yang kadang-kadang tak faham, ada kes yang si anak umur 5 tahun dicabul oleh jiran sebelah yang baru kematian isterinya. Bila ditanya oleh suami dan nurse-nurse yang bertugas, si ibu menjawab bahawa dia pun pernah kena sexual harassment dengan diajak melakukakan sexual intercourse. Paling tak faham, dalam kes macam ni, macam yang Ummusaif mention dalam entri ini, mengapa ibubapa lalai dalam penjagaan anak kecil terutamanya perempuan. Macam kes ini, si ibu sepatutnya boleh prevent bila tahu lelaki sebelah rumah can harm her family dan wajib bagi si ibu menghalang si anak dari bermain dan masuk ke rumah sebelah. A very careless mistake that will lead to unforgettable dark memories.