
Tak sabarnya nak ke Pangkor. Akhirnya, hari yang ditunggu-tunggu telah pun tiba.
Setelah penat menghantar bibik ke LCCT siang tadi, malam ini saya sibuk membuat persiapan untuk hari esok. Tatkala anak-anak sedang lena dan suami tercinta sedang menyiapkan manuskrip buku ke duanya, saya terkial-kial memikirkan baju yang perlu dibawa sepanjang percutian kami kali ini.
Sekali sekala, saya menjenguk suami. Milo panas dihidangkan bagi menyegarkan matanya yang separuh kuyu. Satu pertiga lagi katanya. Kasihan, dateline telah pun tiba. Buku baru perlu disiapkan bagi mengejar pesta buku April nanti. Ahh, tak sabar saya hendak melihat sambutannya..
Saya meneruskan usaha. Ah, apa lagi yang perlu dibawa?
Baju, swimsuit anak-anak, pelampung, susu dan botol susu, diapers dan yang paling penting ubat-ubatan. Ini adalah rutin biasa saya, memastikan bekalan ubat-ubatan cukup sebelum berpemergian, baik untuk diri sendiri, suami dan anak-anak. Actifast, sirap panadol, ubat batuk, ubat selsema, inhaler dan aerochamber serta antibiotik yang baru sahaja dibeli siang tadi sudah siap dimasukkan ke dalam bekas. Alhamdulillah, semua supply mencukupi. Diharap demam yang tidak surut-surut ini kebah selepas menelan antibiotik tadi.
Sudah 4 hari saya demam, manakala suami pula baru 2 hari demam. Alhamdulillah, anak-anak masih aktif dan ‘kebal’. Syif malam yang berlalu baru-baru ini begitu memenatkan, dek sebab demam viral yang melemah longlaikan saya. Antibiotik terpaksa ditelan untuk membantu sistem imunisasi demi percutian yang bermakna ini.
Sekali sekala, saya menjenguk blog suami.
Isk, ada seekor langau rupanya di sana. Suami telah pun ‘menguruskannya’.
Suami masih lagi mengadap manukripnya. Ntah bila siapnya. Harap, tidak sampai ke subuh. Teksi sudahpun dibook pada pukul 8.30 pagi.
Waduh, mata saya terkebil-kebil mengantuk.
Ok Pangkor, here we come.
Semoga, cuti kali ini benar-benar berbaloi dan menceriakan semua ahli keluarga saya.
UMMUSAIF.COM
68000, Selangor.
hepi olidays!! smg ceria2 selalu…=)