Archive for April, 2009

A Dinner For Two

p4140044

Baru-baru ini suami saya telah menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke 34.  Alhamdulillah, semoga panjang umur, dimurahkan rezeki dan sentiasa diberkatiNya.

Seperti tahun-tahun yang sebelumnya, kami akan membuat sambutan apabila tiba tarikh ulang tahun kelahiran walaupun sekadar makan-makan di luar seisi keluarga. Namun, kali ini saya inginkan kelainan, di samping tekak saya yang sangat teringinkan makanan di restauran ala Buffet dek kerana menunya yang pelbagai. Read more…

Isnin Yang Sibuk

traumateam

Hari ini saya bekerja syif 8-5 di jabatan perubatan kecemasan (A&E). Dan sekali lagi saya dilantik sebagai Registrar dan Team Leader of the shift memandang semua senior sedang sibuk menyediakan diri untuk peperiksaan akhir mereka.

Seperti biasa, syif dimulakan dengan proses ward round dan pass over case daripada staf malam kepada staf pagi. Sebagai Team Leader (TL), saya wajib tahu dan bertanggung jawab ke atas semua pesakit-pesakit yang datang daripada kawasan yellow zone (triage 1) ke green zone (triage 3 dan triage 4).  Setelah selesai pass over dan melihat semua kawasan (memastikan keadaan terkawal dan cukup staf), saya memohon diri daripada staf yang lain untuk bersarapan sebentar. Almaklum sahajalah, hypoglycaemia bagi ibu mengandung. Jam ketika itu menunjukkan waktu 9.45 pagi. Read more…