Archive for May, 2009

Tarbiyah Daripada Allah

24112007244

Khamis lalu saya pergi kerja seperti biasa.

Setelah 2 hari terlantar sakit dengan selsema, batuk dan asma, akhirnya Alhamdulillah saya segar kembali untuk meneruskan khidmat saya di green zone, Jabatan Perubatan Kecemasan PPUKM.

Sudah 2 minggu saya berada di green zone memandangkan saya sudah tidak bertenaga lagi untuk bekerja sesi syif dan juga melakukan oncall. Green Zone merupakan bahagian pesakit yang tidak kritikal dan mungkin juga pesakit yang tidak sepatutnya datang mendapatkan rawatan di Jabatan Kecemasan. Triaj pesakit adalah bermula daripada triaj 3 hingga 6. Tempoh menunggu bagi triaj 3 adalah selama 2 jam manakala 4 jam untuk triaj 4. Triaj 5 dan 6 adalah untuk kanak-kanak dan juga warga emas.

Read more…

Jumaat Yang Malang

motor-accident

Salam Jumaat buat semua. Semoga semua dalam kemanisan iman.

Seperti biasa pada setiap hari Jumaat, saya akan mengambil Saiful Islam dari sekolahnya pada pukul 12.30pm. Sekolahnya terletak di Taman Resmi Jaya, bersebelahan Taman Kosas di Ampang.

Pukul 12pm ke atas memang sudah lazim waktu yang sibuk kerana ia waktu rehat bagi semua penjawat awam serta waktu rehat sekolah sementara masuk waktu sesi petang. Jalan utama di Taman Kosas sudah pun jem. Semua kereta dengan perlahan-lahan menyusuri sepanjang jalan utama tersebut. Read more…

Farewell ATOS

dsc00293

Kelmarin, 8 Mei,  merupakan salah satu hari bersejarah dalam hidup saya.

Sedih dan gembira, semuanya bercampur aduk.

Saya terkenang kembali pandangan terakhir saya buat kereta pertama saya iaitu ATOZ Inokom 1.1. Syahdu melihat ianya tersadai sepi di tepi bengkel kereta syarikat Naza. Beberapa keping gambar sempat saya snap sebelum meninggalkannya.

Read more…

Jangan Mencarut Bila Selsema

picture0005

Ummi, ustazah kata tak baik cakap AH1N1

Hari ni saya bercuti.

Setelah 4 hari berturut-turut menjadi Team Leader dan juga oncall, akhirnya saya bercuti. Alhamdulillah.. Saya guna sepenuhnya cuti saya untuk mengumpul kembali tenaga fizikal dan menguruskan sedikit sebanyak urusan rumah dan keluarga yang tidak sempat diurus sepanjang kesibukan saya beberapa hari yang lepas.

Terlalu banyak perkara yang berlaku di sepanjang 4 hari yang berlalu itu. Di antaranya menguruskan beberapa kes disyaki sebagai jangkitan virus H1N1. Prosedur dan protokolnya renyah namun sangat penting dan wajib diberi prioriti yang tinggi. Alhamdulillah, setakat ini semua kes yang disyaki adalah negatif.

Read more…