Archive for June, 2009

Alhamdulillah Atas Segala Nikmat

IMG_0100

Hari ini seperti yang ditetapkan, saya telah pergi ke rawatan susulan sakit puan di PPUKM. Sebelum berjumpa dengan doktor pakar, imbasan ultrasound (ultrasound scan) ke atas kandungan saya telah dilakukan.

Sementara menanti giliran, saya dan suami berbual-bual mengisi masa. Bercerita tentang keseronokan beliau membaca novel Laskar Pelangi.

Hairan juga saya melihatnya, hubby bukanlah seorang pembaca novel. Namun dek penangan Laskar Pelangi yang sesuai dengan jiwanya, khusyuk benar beliau membaca.

Read more…

Sihat dan Sakit Anugerah Allah

ummusaif

Terima kasih kepada Aunty Gee dan Teacher Shaz kerana tidak jemu membantu menghiburkan anak-anak kami

Salam semua.

Sudah lama saya tak update blog ini. Bukan apa, terlalu menghayati kehidupan saya sebagai suri rumah SEPENUH MASA semenjak 2 minggu yang lalu.

Cuti sakit yang diberikan oleh pihak hospital kepada saya amatlah berbaloi. Selain daripada berehat kerana masalah kandungan yang ada, saya gunakan sepenuhnya untuk melayan suami dan anak-anak.

Saya juga dapat mengqada’ masa bersama keluarga ketika berada di dalam wad tempohari. Ragam dan rindu suami dan anak-anak dapat ditebus ganti semasa bercuti sakit di rumah. Terutamanya anak bongsu saya iaitu Imad, yang sering mencari umminya semasa ketiadaan saya, kelihatan lebih ceria dan semakin kuat makan sewaktu saya berada di rumah.

Read more…

Penentuan Kepada Penantian

0671

Hari ini, hari kedua belas saya berada di wad sakit puan. Tuhan sahaja yang tahu bagaimana saya mengharungi hari-hari di wad ini.

Ada masa sedih, ada masa tenang, ada masa optimis, ada masa pesimis, ada masa berlapang dada dan macam-macam lagi perasaan bermain di dalam perasaan. Usaha saya untuk menceriakan diri sendiri ada kalanya dikalahkan dengan kesunyian dan kebosanan yang sering menjengah. Masakan tidak, pergerakan saya hanyalah sekitar ruang katil dan bilik air. Selebihnya hanyalah sekadar bergerak ke suis kipas dan lampu bersebelahan dengan kaunter jururawat. Umpama penjara bagi mereka yang tidak melakukan sebarang kesalahan.

Read more…

Untuk Renungan Bersama..

Sekadar untuk renungan bersama. Fikir-fikirkan…

fitnah

 

“Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu akan ditanya tentang apa yang dilakukannya.” (Surah al-Isra: ayat 36)

“Mereka hanya mengikut sangkaan, sedang kan sesungguhnya sangkaan itu tidak berfaedah sedikit pun terhadap kebenaran.” (Surah al-Najm: ayat 28)