Archive for July, 2009

Berpantang Itu Tenang

ummusaifberpantang

Alhamdulillah hari ini sudah masuk hari yang ke-15 saya berpantang. Maknanya, Ahmad Muizzuddin juga sudah berusia 15 hari. Cepat sungguh masa berlalu. Sedar-sedar nanti sudah 15 minggu, 15 bulan malah 15  tahun.

Berpantang untuk saya bukanlah berpantang hingga segala-galanya jadi terlarang. Namun banyak petua dan nasihat orang tua itu ada kebenarannya, dari segi ilmu perubatan. Pemakanan, cara menjaga diri, semua itu penting bukan sekadar untuk kesihatan semasa, tetapi untuk kesan jangka panjang.

Read more…

Ahlan wa Sahlan Ahmad Muizzuddin

IMG_0123

Alhamdulillah…

Itulah semulia-mulia kalam yang selayaknya seorang hamba seperti saya ucapkan.

Ummu Saif sudah selamat bersalin. Penantian selama 9 bulan, penuh debaran dan cabaran, sempurna dengan begitu baik petang tadi.

Read more…

Mewarna Rambut- Bolehkah??

hair

Terlalu ramai muslimat yang bertanyakan kepada saya tentang hukum mewarna rambut.

Yang bertanya, kebanyakannya kerana mereka ingin bercantik-cantik di dalam rumah khusus buat suami tercinta. Masakan tidak terdetik keinginan di dalam hati, jikalau wanita-wanita tidak bertudung di luar sana seolah-olah ‘menggamit’ suami mereka. Tidak dinafikan juga, ada para suami suka dan meminta isteri mereka untuk mewarnakan rambut untuk tatapan diri sendiri.

Dulu, saya juga tertanya-tanya di dalam diri, apakah hukumnya. Memandangkan saya bukan ustazah yang mendalami pelajaran shariah dan hukum hakam, maka pada asalnya saya cuma ikut rasa hati sahaja iaitu hukumnya boleh asalkan pewarna tersebut waterproof dan kita tidak menunjukkan rambut (aurat) kepada yang tidak berhak iaitu bukan muhrim kita.

Tetapi, yang pastinya itu tidak mencukupi. Setiap pegangan kita mestilah berlandaskan Al Quran, Sunnah dan ijmak ulama’. Maka, di sini untuk informasi dan kemudahan semua, saya ambil petikan dari www.zaharuddin.net berkenaan hukum mewarna rambut.

Saya sangat tertarik dengan entri Ustaz Zaharuddin ini terutama berkenaan hukum mewarna uban. Tidak disangka sama sekali akan penerangan mengenainya. Ternyata akan kecetekan ilmu di dada saya ini. Saya terfikir sejenak bila mengenangkan makcik-makcik tua yang selalu menginai rambut bagi menutupi uban mereka. Adakah mereka sedar hukum di sebalik menginai uban ini..? Read more…