Home > Hukum > Mewarna Rambut- Bolehkah??

Mewarna Rambut- Bolehkah??

hair

Terlalu ramai muslimat yang bertanyakan kepada saya tentang hukum mewarna rambut.

Yang bertanya, kebanyakannya kerana mereka ingin bercantik-cantik di dalam rumah khusus buat suami tercinta. Masakan tidak terdetik keinginan di dalam hati, jikalau wanita-wanita tidak bertudung di luar sana seolah-olah ‘menggamit’ suami mereka. Tidak dinafikan juga, ada para suami suka dan meminta isteri mereka untuk mewarnakan rambut untuk tatapan diri sendiri.

Dulu, saya juga tertanya-tanya di dalam diri, apakah hukumnya. Memandangkan saya bukan ustazah yang mendalami pelajaran shariah dan hukum hakam, maka pada asalnya saya cuma ikut rasa hati sahaja iaitu hukumnya boleh asalkan pewarna tersebut waterproof dan kita tidak menunjukkan rambut (aurat) kepada yang tidak berhak iaitu bukan muhrim kita.

Tetapi, yang pastinya itu tidak mencukupi. Setiap pegangan kita mestilah berlandaskan Al Quran, Sunnah dan ijmak ulama’. Maka, di sini untuk informasi dan kemudahan semua, saya ambil petikan dari www.zaharuddin.net berkenaan hukum mewarna rambut.

Saya sangat tertarik dengan entri Ustaz Zaharuddin ini terutama berkenaan hukum mewarna uban. Tidak disangka sama sekali akan penerangan mengenainya. Ternyata akan kecetekan ilmu di dada saya ini. Saya terfikir sejenak bila mengenangkan makcik-makcik tua yang selalu menginai rambut bagi menutupi uban mereka. Adakah mereka sedar hukum di sebalik menginai uban ini..?

Dipetik daripada www.zaharuddin.net

SOALAN
Mewarnakan Uban dengan warna hitam yang disahkan halal oleh JAKIM. Apa hukumnya?

JAWAPAN:
Ulama telah bersepakat mengharuskan mencelup warna rambut dari warna hitam ke warna lain seperti merah dll, samada dengan inai dan apa jua pewarna yang dibenarkan syarak. (Rujuk Al-Fatawa al-Hindiyyah, jld 5,ms 359 ; Al-Istizkar, Ibn Abd Al-Barr , jld 27, ms 85 ; Mughni al-Muhtaj, As-Syabini, jld 1, ms 191 ; Kassyaf al-Qina’, Al-Bahuti, jld 1, ms 77)

Mereka semua berdalilkan dengan hadith-hadith riwayat An-Nasaie, At-Tirmidzi, Ahmad, dan Muslim. Hampir kesemuanya mempunyai sanad hasan dan shohih dengan perawi yang thiqah. Demikian menurut Imam Al-Haithami dalam kitabnya Majma’ az-Zawaid dan Imam As-Syawkani dalam Naylul Awtar.

Bagaimanapun ia diikat dengan syarat berikut :-
1- Pewarna tersebut bukannya jenis yang kekal, jika tidak ia dikira mengubah ciptaan Allah SWT yang diharamkan.
2- Menggunakan pewarna yang suci dan halal.
3- Tidak mengakibatkan mudarat terhdp kesihatan individu. Seperti Kanser, kekeringan rambut dan merapuhkannya, atau allergi ataupun mudasrat terhdp janin dll akibat bahan kimia pewarna tadi.
4- Memutihkan rambut iaiatu dengan mengikis warna hitamnya dengan tujuan utk menghasilkan warna baru rambut yang lebih cantik, adalah makruh. kerana ia menukar ciptaan asal Allah.

HUKUM MENCELUP UBAN PUTIH KE HITAM

Ulama telah berbeza pandangan dalam hal ini seperti berikut :-

1. Makruh
Ia adalah pandangan Mazhab Maliki, Abu Hanifah, sebahagian ulama Syafie seperti Imam Ghazali, Al-Baghawi.

Tetapi kiranya ia dibuat untuk tujuan menakutkan musuh di dalam peperangan ia adalah HARUS.

Dalil mereka :
a) Sabda Nabi SAW : “Tukarlah ia (warna rambut, janggut & misai ) dan jauhilah dari warna hitam” (Shohih Muslim)
b) Berkata Ibn Umar ra : “Kekuningan pewarna para mukmin, kemerahan pewarna para Muslimin, Hitam pewarna puak Kuffar” (Riwayat At-Tobrani, Al-Haithami)

c) Nabi SAW bersabda : “Barangsiapa yang mewarnakan rambutnya dengan warna hitam, nescaya Allah akan menghitamkan wajahnya di akhirat kelak” (Al-Haithami, bagaimanapun Ibn Hajar berkata seorg perawinya agak lemah, bagaimanapun rawi tersebut diterima oleh Imam Yahya Mai’en dan Imam Ahmad)

d) Dalil aqal, ia dikira suatu penipuan.

2. Haram

Ia adalah pandangan Mahzab Syafie. Dikecualikan kiranya utk jihad. Mereka berdalil dengan dalil kumpulan pertama tadi.

3. Harus tanpa Makruh

Ia adalah pandangan Imam Abu Yusof dan Ibn Sirin.

Dalil mereka :
a) Sabda Nabi SAW : “Sebaik-baik pewarna yang kamu gunakan adalah warna hitam ini, ia lebih digemari oleh isteri2 kamu, dan lebih dpt menakutkan musuh” (Riwayat Ibn Majah, bagaimanapun ia adalah hadith Dhoif)
b) Diriwayatakan bhw sahabat dan tabi’ein ramai juga yang mewarnakan rambut mrk dengan warna hitam. Antara Sa’ad, ‘Uqbah bin ‘Amir, Az-Zuhri dan diakui oleh Hasan Al-Basri. (Lihat Fath al-Bari, Majma’ az-Zawaid dan Tahzib al-Athar oleh At-Tabari)

Suka disebutkan di sini setiap mazhab mempunyai dalil masing-masing yang tidak dpt disebutkan kesemuanya di sini, demi meringkaskan tulisan ini.

Kesimpulan Hukum
Akibat terdapat zahir hadith dan athar yang bertembung antara satu sama lain, maka fuqaha mengambil jalan membuat takwilan bagi menggabungkan hadith-hadith ini. Ia seperti berikut :

a) Hadith larangan adalah menujukan kepada larangan penipuan umur yang tua akibat tua dan uban maka dihitamkan bagi kelihatan lebih muda. Tidak kira dari kalangn lelaki mahupun perempuan. Ia dilarang oleh Islam.

b) Adapun hadith yang mengharuskan adalah dalam keadaan dan sebab2 yang diiktiraf oleh syarak, seperti perang bagi menakutkan musuh, ataupun ia tidak mengandungi unsur penipuan, seperti merawat penyakit dll.

Ust Zaharuddin Abd Rahman
Irbid, Jordan
18 Jun 2003

Semoga bermanfaat.

UMMUSAIF
68000, Ampang.

Share and Enjoy:
  • Print
  • Digg
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Google Bookmarks
  • email
  • MySpace
  • PDF
  • RSS
  • Technorati
  • Twitter
  1. ummuiman Jul 11th, 2009 @ 17:54 | #1

    assalamualaikum ummu,
    tertarik dengan artikel ini. memandangkan suami saya mempunyai penyakit uban dari kecil (uban terlalu banyak, hampir keseluruhan rambut). Jadi setiap kali selesai menggunting rambut, saya menginaikan rambutnya dengan inai hitam.umurnya 26.adakah ianya dikategorikan haram?

  2. ummusaif Jul 11th, 2009 @ 19:15 | #2

    Rasulullah sendiri meninggikan taraf uban. Maka sebab itulah diterangkan secara terperinci hukum mewarna rambut kerana utk menutupi uban.

    Bila saya baca balik artikel Us Zaharuddin itu, mmg ramai yg bertanya kerana mereka mempunyai uban di usia muda. Dan hukumnya jelas seperti di dalam artikel, iaitu haram jika utk niat menipu usia atau utk menutupi uban utk ‘menipu’ pandangan org lain kecuali uban yg tidak normal ie beruban di usia yg muda. Tetapi, masih tak blh dengan warna hitam walaupun utk apa2 niat. Sila rujuk artikel semula. Wallahu a’lam.

  3. ummusaif Jul 11th, 2009 @ 19:17 | #3

    Rujuk http://www.zaharuddin.net/content/view/189/95/

    Islam mengharamkan anda mewarnakan rambut dgn warna hitam. Jika nak warnakan dengan warna selain hitam, ia dibenarkan dengan syarat tidak berniat meniru style dan cara rambut ahli maksiat dan fasiq dari kalangan artis barat dan tempatan.

  4. rulza Jul 13th, 2009 @ 09:46 | #4

    mak saya selalu cakap, uban ni nanti jadi cahaya kat padang masyar..ntah la betul tidak..tapi dari satu segi mak ajar cara halus supaya jangan malu bila dah beruban dan tak risau bila dah ada uban kita dah semakin tua…

    Umar ada uban sehelai (rambut rosak agaknya)..hihi.
    sengaja tak di cabut sebab rasa unik…:)

  5. ummudamia' Jul 13th, 2009 @ 23:18 | #5

    rasanya pewarna rambut yg ada d psrn skrg smuanya jenis ’surface-coating’, menyalut, menyadur rambut dari luar. kalu gitu, air mmg tak lut ke rambut..camne nak mandi hadas? so saya rasa mmg tak perlulah warnakan rambut kalu rambutnya dah cantik berwarna hitam.

    bagi yg ada mslh rambut skt, umo muda2 tapi dah beruban, mungkin boleh guna inai biasa sebab inai biasa mmg berkesan bila disapu ke rambut putih (kalu rambut hitam mmg tak jadi apa). dan nanti rambutnya jadi perang so sesuailah sbb mengikut apa yg ummusaif tulis, warnakan rambut jd hitam mmg tak digalakkan

  6. etty Jul 16th, 2009 @ 16:16 | #6

    salam minta copy dan paste di blog sy. utk rujukan readers

  7. nexy Jul 27th, 2009 @ 01:07 | #7

    masih tak jelas walaupun dh byk baca artikel…sy mmg teringin nak mewarnakan rambut tapi bukan nak tunjuk kat bukan mahram (sy bertudung)…sy nak sbb sy rs cantik..bukan la nak warna blonde tapi warna coklat gelap (skrg rmbut hitam)….boleh ke?

    dan sy dh byk jugak cari artikel pasal pewarna rambut dan bertanya sendiri pada org2 di salun (islam dan bukan islam) dan semua mengatakan bahawa pewarna dia bertindak seperti inai…bukan ‘coating’ yang slalu kita dengar. dan pewarna rambut ade pelbagai jenis dari sementara ke jenis kekal.

    • ummudamia' Jul 29th, 2009 @ 19:41 | #8

      @nexy,

      sejauh mana org2 di salon memahami benda kimia(teori dan praktikalnya) dan adakah mereka bertudung? jika tidak, maknanya ada kecenderungan utk mereka ‘tidak kisah hukum agama’. melalui pengamatan terhadap kwn2 yg mewarna rambut, kelihatannya rambut mereka jadi lebih kasar dan tebal. kenapa ye?

      alhamdulillah…syukur ALlah dah jadikan rambut kita warna hitam. Allah beri apa yg terbaik dan paling sesuai dgn kita.tentu ada hikmahnya. bersifat redha itu lebih utama.

      benda2 yg tak perlu diubah, tak payah laa susah2 nak ubah. mungkin lebih molek kita ubah benda2 yg dlm lingkungan boleh diubah, cthnya sikap, tabiat,amal ibadah,khidmat. ia lebih bermakna.

      *adakah dgn memakai contact lens hazel dan rambut berwarna brunnet, wajah tampak lebih anggun berseri? saya percaya wajah yg sering dibasahi wuduk dan kerap tunduk sujud di hamparan sejadah lebih bersinar auranya. tak percaya…cubalah.. :)

  8. ummusaif Jul 30th, 2009 @ 11:33 | #9

    Pada pandangan saya, jika kita yakin pewarna rambut tidak menghalang air ie not water proof, dan kita ingin mewarna rambut kita, maka hukumnya harus. Lagipun hukumnya jelas dan sudahj dibincangkan oleh ulama’. So, jgn kita haramkan sesuatu yg harus jika ianya dibenarkan.

    Tp, kalau kita tak yakin, maka kita elakkan utk ketenangan diri.

    Wallahu a’lam.

  9. ummudamia Aug 4th, 2009 @ 13:24 | #10

    kembali muhasabah tujuan kita mewarna rambut. benar, ia tidak haram secara umum tetapi harusnya itu melalui kesimpulan hukum yg ditulis ustaz zaharuddin di atas adalah utk mereka yg berperang bagi menggerunkan musuh dan juga utk merawat rambut yg berpenyakit. selain dari 2 sebab itu, tiada keperluan utk mewarna rambut.

  10. ABU SAIF Aug 5th, 2009 @ 11:55 | #11

    Apabila sesuatu dihukumkan harus, didiklah manusia untuk memanfaatkan keharusan itu sebaiknya.

    Jangan dihalang apa yang sudah harus hukumnya. Khuatir nanti, terjebak dalam kelakuan mengharamkan apa yang Allah halalkan, yang mana ia sama celanya dengan menghalalkan apa yang Allah haramkan.

  11. Nurul Aug 5th, 2009 @ 17:30 | #12

    salam ummusaif. adakah mcabut uban haram? saya b’umur 22. selalu ada bbrapa helai uban. dan ia mndatangkan gatal. jd saya cabut.

  12. ummusaif Aug 5th, 2009 @ 21:24 | #13

    sebenarnya saya tak berhasrat utk jadikan entri ini sebagai tempat bertanya hukum.
    Saya bukanlah ustazah pakar dalam hukum hakam.
    Niat asal sekadar utk berkongsi entri ustaz zaharuddin ini.
    Maka, saya meminta kepada mereka yg musykil ttg sebarang persoalan hukum berkenaan entri ini utk bertanya kpd mereka yg lbh arif atau lawati sendiri website us zaharuddin.
    Maaf..

  13. ummudamia Aug 6th, 2009 @ 22:10 | #14

    saya berpendapat, bukan mudah utk memastikan produk2 pewarna rambut di pasaran yg benar2 tidak ‘water-proof’. tambahan pula yg menjalankan xtvt mewarna rambut di kedai2 salon tu byknya non-muslim dan muslim tidak bertudung. jadi sejauh mana kebenaran kata2 mereka ttg produk pewarna rmbt yg tidak ‘water proof’ amatlah meragukan.(jadi benda syubhah pulak).

    benar, ada juga pewarna yg tak kekal lama, spray je boleh laa tahan dalam 3, 4 jam. tapi kan nampak mcm membazir je. lagipun apa tujuan kita.nmpk mcm tiada keperluan. tak berniat langsung utk mengharamkan perkara yg harus (saya tak berani).cuma saya berpandangan, lebih baik kita ubah/upgrade benda yg lebih wajar diubah i.e sikap, tahap perkhidmatan, amal ibadah. then tujuannya nmpk lebih jelas.

    apapun, terserah pada tafsiran msg2.bagi saya, warna rambut asal itu lebih menarik dan istimewa (sbb ALlah yg jadikan ia begitu pd awalnya).

    * mujur suami tak penah minta saya dye rambut. pening pulak nnt nak fikir warna dan produk ape yg sesuai :)

    • kiter Sep 14th, 2009 @ 21:27 | #15

      @ummudamia,
      teringin gak nk kaler rambut….
      mule2 wrne hijau..next time tuka purple plk…..hahahaha… cute

  14. ummah Aug 8th, 2009 @ 00:31 | #16

    so saya just wondering
    if sy bertudung dan nk colour rambut just saje2..i mean saje nk try, apekah hukumnye
    terima kasih

  15. ummusaif Aug 8th, 2009 @ 14:15 | #17

    salam ummah. saya dah jawab soalan cik/puan di dlm entri di atas.
    cuma advise saya, pastikan pergi ke kedai saloon muslimah di mana pendandan dan pekerjanya semua wanita muslim serta pewarna tu ada cop halal jakim.

  16. anonymous Sep 8th, 2009 @ 23:09 | #18

    salam ummusaif…saye nk tnye soalan sket,,,maybe terkeluar dr topik mewarna rambut, tp still about rambut laa..saya nk tnye psl teknik rebonding..bleh x kalo nk wat teknik rebonding…bukan niat nk menunjuk2 kat org lain n saye sendiri mmg bertudung…tp, utk keselesaan diri sendiri apabila berada di umah…rambut saye jenis mengerbang n nmpk x kemas bile dh kering…so, dgn harapan, bile wat rebonding, akan lebih kemas laa..

    • ummusaif Sep 9th, 2009 @ 02:40 | #19

      @anonymous,

      takde masalah nak rebonding, provided rebonding tu bukan permanent dan guna bahan/produk yg halal. Plus, menutup aurat.

  17. qhaisha Nov 6th, 2009 @ 01:08 | #20

    i’ve just got back from a saloon..the hairstylist is actually a middles-aged,educated,and of course a muslim..
    what i found out was..according to what she said, we cant used non-permanent hair dyes..because, it cover the hair or only coat the hair.make it easy to remove when we shampoo or wash the hair..that is why it is called non-permanent hair dyes..means, it could only stays for several hours,until the hair is washed..
    then..she also mentioned about permanent dyes..it actually absorbed by the hair, like henna.but unfortunately, people that doesnt hve grey hair (uban), cnt wear henna..bcause it wont stick on black hair..
    and she shown a poster of EXCELLENCE CREME from WELLA..that sounds like “excellence creme meresap ke dalam rambut..jadi, boleh digunakan,wlopon untuk b’wuduk or mandi wjb”..
    not in the exact words..but thts the meaning…
    so…its the facts actually..
    not 2 comment on hukum..
    because,fatwa chnges according 2 times n conditions..we might not knw, the latest one..
    so..just sharing sum info there..tenq..

  18. umm a'ish Nov 6th, 2009 @ 22:26 | #21

    kalau isunya ialah untuk air sampai ke rambut, sampaikah air ke rambut yang disudah diminyak? (we know from sunnah that the prophet always keep his hair clean and oiled)

  19. ummusaif Nov 7th, 2009 @ 18:37 | #22

    Fatwa and hukm are totally not my speciality..

  20. abu Feb 26th, 2010 @ 16:23 | #23

    sya keliru, adakah hukum mewarnakan rambut itu haram, kerana sya mewarnakan rambut untuk mendapatkan keyakinan diri, kerana selalu di hina kwn2 kerana mempunyai uban yg byk pada usia 12 thn, dan sya mengunakan perwarna yang di cop halal.

  21. pijie Mar 9th, 2010 @ 14:07 | #24

    masih confuse laaa pasl mwarnakan rambut ni..
    kalu tujuan die btul?krenye bleh laa kan??

Submitting Comment, Give me a second...

Leave a comment

Allowed tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>
Trackbacks & Pingbacks ( 0 )
  1. No trackbacks yet.