Home > Mediconecdot > Kemalangan di Kalangan Kanak-Kanak

Kemalangan di Kalangan Kanak-Kanak

BA00846

Salam semua.

Maaf lah saya lama tak menulis. Agak sibuk dalam sebulan ini. Sejak masuk kerja ni, saya selalu kerja syif petang. Maka, saya selalu tidak sempat menulis kerana kebiasaannya saya akan menulis pada waktu malam.

Hmmm, macam-macam yang berlaku dalam tempoh sebulan ini. Dengan sambutan Hari Raya, rumah terbuka, peperiksaan akhir Yop dan yang terbaru, pemergian anak sahabat buat selama-lamanya. Sungguh penuh pancaroba.

Bila saya teringat kisah anak sahabat saya tu, baru saya perasan rupa-rupanya ramai pula yang mengalami insiden anak kecil mereka jatuh dan terhempap kepala. Ramai yang bertanya apa yang perlu dibuat jika berlaku sedemikian rupa.

Dua malam sudah, ada seorang ibu membawa anaknya yang berumur 3 bulan ke Jabatan Kecemasan PPUKM selepas anaknya terjatuh dari buai henjut setinggi 3 kaki dari lantai. Bayi tersebut jatuh lalu terhempas kepalanya terus ke lantai. Apa yang menghairankan saya, tiada sebarang tilam atau alas diletakkan di bawah buaian tersebut.

Bayi itu tidak mengalami sebarang luka yang boleh kelihatan dan kemudiannya beliau tidur seperti biasa.

Namun, di atas rasa tidak sedap hati (instinct) seorang ibu, bayi itu dibawa ke hospital untuk dilakukan pemeriksaan walaupun tiada tanda-tanda luka yang kelihatan. Alhamdulillah, para doktor di Jabatan kecemasan berjaya merujuk kes tersebut kepada pakar kanak-kanak kerana mekanisma kemalangan tersebut terlalu siknifikan walaupun bayi tersebut tidak atau belum menunjukkan tanda-tanda yang merbahaya.

Baru-baru ini juga ada seorang ibu yang membawa anaknya yang berumur 10 tahun setelah muntah-muntah dan sakit kepala di rumah. Khabarnya, 5 jam sebelum anaknya sakit, anaknya telah terlibat dengan kemalangan jalan raya yang hanya disaksikan oleh rakan-rakan sekolah. Sewaktu sampai di rumah, anaknya cuma mengalami benjol di kepala dan luka-luka di tangan. Si ibu terpaksa menunggu ayah pulang kemudian barulah membawa anaknya ke hospital.

Imbasan CT otak (CT Brain) mengesahkan kanak-kanak tersebut mengalami pendarahan di kepala.

Poin yang sangat penting di sini ialah mendapatkan pemeriksaan awal terutama apabila melibatkan bayi dan kanak-kanak. Jangan melewat-lewatkan sebarang tindakan seperti “saya kena tunggu suami balik, baru boleh bawa anak ke hospital” dan sebagainya. Jangan lupa kerajaan kita telah memperuntukkan perkhidmatan ambulans yang percuma sepanjang 365 hari dan 24-7.

Akan bersambung..

UMMUSAIF.COM
68000, Ampang.

Share and Enjoy:
  • Print
  • Digg
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Google Bookmarks
  • email
  • MySpace
  • PDF
  • RSS
  • Technorati
  • Twitter
  1. syifa' Nov 2nd, 2009 @ 02:31 | #1

    ramai ibu bapa yang xambil kisah pada anak yang mengalami kemalangan yang tiada kesan injury luaran…lebih-lebih lagi ibu bapa yang duduk di luar bandar….agaknya pihak bertanggungjawab kene buat iklan, kempen etc yang boleh memberi sedikit ilmu kepada mereka…

  2. Alam Nov 2nd, 2009 @ 12:48 | #2

    Assalamualaikum. perkara ini sentiasa bermain di fikiran saya setiap kali anak terjatuh. tetapi apabila persoalan ini dirujuk kepada dr pakar, dr sendiri menyatakan tidak perlu risau melainkan jika ada tanda2 demam tiba2 dan muntah2..bukan seorang, malah hampir setiap dr yg saya temui menyatakan begitu.. betul ke begitu.. saya pernah tanya ttg ct scan, tapi dr tak galakkan sbb budak2 tak reti duduk diam..saya percaya setiap ibu bapa risau ttg ini.. ttp tiada sumber rujukan yg ‘kukuh’.

    • ummusaif Nov 3rd, 2009 @ 00:46 | #3

      @Alam,

      mmg utk buat ct brain bergantung kpd symptoms and signs. bukan semua kes buat. ada yg kita observe dulu progress patient then baru kita buat ct.
      Doctor’s assessment is dynamic dan tidak rigid.

      poin di sini ialah early assessment by doctor. Then, doctor will decide to ct scan or not.

  3. siti zaleha mardiah Nov 3rd, 2009 @ 10:43 | #4

    assalamualaikum
    mcm mana nak call ambulans? terus call hospital yg terdekat or no panggilan kecemasan?

  4. seeker Nov 3rd, 2009 @ 18:26 | #5

    Salam…
    Ana suka la artikel pasal kesihatan ni…
    Terima kasih, ustazah…
    Ana mengharap lebih banyak bahan ilmiah seperti ini di samping menambah pengetahuan di SaifulIslam.com…

    Bahagia selalu…
    InsyaAllah…

  5. rulza Nov 4th, 2009 @ 10:56 | #6

    Lamanya ummusaif tak menulis…

    Cakap pasal perkhidmatan ambulan percuma 24 jam ni, saya teringat mak yang sakit perut yang teruk dan mengalami pendarahan ketika membuang air besar.kebetulan ayah takda ketika tu. Saya telefon ambulance (Hosp Langkawi) tapi permintaan saya di tolak dengan alasan kes mak saya bukan kes kecemasan. kejadian tu berlaku pada awal pagi….

    jadi saya terpaksa minta tolong jiran untuk bawa mak ke hospital.

    macam mana dikatakan KES KECEMASAN tu?
    Atau sebenarnya driver ambulan tu malas sebab nak layan tidur kot…

    satu lagi kes kawan saya mengandung 6 bulan..mengalami bleeding yang teruk.pergi hospital besar batu pahat untuk cek..kebetulan dia memandu sorang jadi dia terus parkir kat kawasan kecemasan.dia dah pastikan dia tidak menyekat laluan ambulan dan berharap jika ya orng2 di jabatan kecemasan tu boleh bantu alihkan kereta. tapi dihalau oleh pengawal walaupun telah menerangkan keadaan dia dan dia terpaksa berjalan jauh dr tempat parkir awam ke jabatan kecemasan semula..

    bila di cek dr pelatih dr tak dapat jumpa punca. lalu disuruh balik. kawan saya ingin tahu kenapa berlaku pendarahan tapi dr pelatih jawab “kami tak dapat jumpa punca tapi kalau belaku pendarahan lagi datang semula. kita tengokla leh selamat atau tidak kandungan ni”..kawan saya sangat terkilan dengan jawapan tersebut. dia terus ke hospital swasta dan dc disitu memberi jawapan dengan baik….

    pengalaman diri sendiri dan kawan2 sekeliling menyebabkan saya tidak percaya pada doctor…

    tapi terpaksa gamble sajalah kalau jadi kecemasan sebab kita rasa dctr ada kepakaran.nasibla dapat doctor yang baik atau tak..

  6. ummusaif Nov 4th, 2009 @ 21:56 | #7

    utk call ambulans, polis, bomba atau JPA3, hanya dail 999.

    Panggilan anda akan dijawab oleh operator TM yg akan menyambung talian anda mengikut keperluan kecemasan dan area tempat tinggal anda.

    eg, setelah disambung pada ambulans/hospital, kes anda akan ditriaj (diperiksa mengikut tahap keseriusannya).

    Hanya kes akut sahaja yg selalunya dihantarkan ambulans.

  7. mirah Nov 5th, 2009 @ 14:30 | #8

    ummusaif, nak minta pendapat ni. My baby 1yr 6mnths ada jatuh beberapa minggu lepas terlentang dan belakang kepala kena bahagian tepi lantai (ni lantai yg tinggi rendah tu mcm tangga), jadi ada kesan merah dlm seinci, mula2 tu mmg dia nangis dan benjol jugak lah kawasan tu, tp takde simptom muntah ke apa. Kami assumed ok lah, sekarang ni bhgn yg merah mcm garisan tu dah jd color coklat, saya takut juga kalau ada effect apa2. Pada pandangan ummusaif, should consider jumpa doctor ke? Kami observed dia je takde muntah, demam, merengek ke dia ngadu sakit ke.

    Tq

  8. ummusaif Nov 5th, 2009 @ 18:52 | #9

    Salam. memandangkan sudah bbrp minggu dah berlalu dan baby pun takde sign dan symptoms of head injury spt muntah2, pengsan, tidak aktif, maka saya dr jauh ini mengatakan unlikely to be anything major or severe. kalau ada pun mungkin hanya lebam atau hematoma (small bleeding) di bahagian scalp (kulit kepala di luar tempurung kepala).

    Hematoma adalah collection of blood, can be small or big berdasarkan saiz benjolan.
    Warna asal (baru2) ialah kemerah2an, kemudian, coklat, kebiru2an, dan akhirnya ke kuning2an.

  9. Ummu Hafiz Nov 5th, 2009 @ 19:59 | #10

    sejak bujang kecil saya berlatih untuk berjalan banyak kali jugak dia terjatuh dan kepalanya terhantuk ke lantai. saya bimbang juga kalau ada bleeding dlm kepala dia. Alhamdulillah,setakat ini tiada sebarang sign or simptom atau benjolan yang nyata. Semalam anak saya cube turun dari katil saya sendiri dan dia terjatuh ke bawah dan dia seperti mengadu kakinya sakit. Setelah saya gosok2 sedikit dia terus bermain. Mengikut firasat Doc anak saya ok tak?

  10. siti Nov 6th, 2009 @ 12:15 | #11

    assalamualaikum ummu saif,

    saya siti, saya ada beberapa soalan ingin saya tanyakan kepada ummu saif. tetapi, soalan ini agak privasi dan saya lebih senang bertanyakan secara privasi. boleh, ummu saif berikan saya email ummu saif. syukran jaziilan

  11. zam Nov 7th, 2009 @ 19:25 | #12

    yep.. setuju… rawatan awal perlu…supaya kemudian hari tak menyesal… yg penting kita ingatkan diri ajal maut ditangan ALLAH.. kita hanya berserah…

  12. Kamal Zharif bin Kamaludin Nov 11th, 2009 @ 10:35 | #13

    hmm.. susah gak kalo terlalu careless

  13. sairulbariah ali Nov 11th, 2009 @ 21:13 | #14

    Salam perkenalan. Akak ada e mail? Saya ingin berkongsi rasa mengenai kindey problems?

  14. ummusaif Nov 12th, 2009 @ 19:31 | #15

    blh hubungi sy via blog saifulislam.com. klik HUBUNGI

  15. Akmal Hakim Nov 17th, 2009 @ 02:47 | #16

    Saya teringat satu ketika dahulu, ketika 7 tahun, saya mengalami kemalangan hingga terjatuh ke dalam longkang.

    Hal ini menyebabkan saya terpaksa ke hospital seremban ke wad ICU.

    Saya termuntah-muntah, doktor mengatakan kepada emak (yang juga seorang farmasi) bahawa saya mengalami keadaan yang kritikal.

    Tak silap saya, saya mengalami gegaran otak..

    Saya tak ingat apa yang mak cakap, ikutkan nak adakan satu proses rawatan, namun kerana saya masih kanak-kanak, proses itu dibatalkan..

    Tak tahulah, setakat ni sehingga umur 19 tahun pun tak ada side effect, tapi ada kemungkinan tak pada masa-masa akan datang?

    Harap ummusaif mampu menjawab

  16. ummusaif Nov 17th, 2009 @ 08:28 | #17

    salam.

    kalau dh survive till 19 yrs old tu unlikely la ada complication baru bila dh besar.

    cuma maybe blh assess tahap pembelajaran saudara. adakah saudara average atau brilliant student. kalau average and below, mungkin ada kena mengena dgn kesan gegaran otak tersebut.

    Wallahu a’lam.

  17. liza Nov 28th, 2009 @ 13:20 | #18

    aslmlkm..boleh saya nak tny, saya mengandung 7 bulan dan saya bleeding..saya akan masuk darah dalam lapan jam..selama saya masih berdarah (istihadah) ni solat saya bagaimana ye?

  18. abusaif fan Dec 11th, 2009 @ 15:17 | #19

    UmmuSaif & fellow readers

    Cuma share experience of an accident to a child. Almost fatal. Saya & isteri memang control freak kalau anak2 di kolam renang. Adake patut satu bapa ni biarkan anaknye yang kecik main dalam kolam alone, dia baca paper. Naib baik ada sahabat yang nampak dan jerit pada saya tentang litlle girl ni yang dah tenggelam dalam air. Saya just pick up dan letak ke tepi. Pucat mukanya. Kalau tidak entahlah…sya dan isteri yang ngeri memikirkannya. Pastu dia sambung main semula. Point is, father dia tak jaga. SO, JANGAN BIAR ANAK2 KESEORANGAN BILA MAIN AIR, especially di usim cuti ni.

    • ummusaif Dec 12th, 2009 @ 15:12 | #20

      @abusaif fan,

      baru2 ni kami berehlah di Sunway Lagoon. Kami juga perhatikan bbrp insiden yg lbh kurang sama. Parents tak jaga masa anak2 bermain air. Seriau kami dibuatnya.

      Even air selama 2 kaki di dalam besen pun anak2 blh lemas, ini kan swimming pool!

  19. puterililin Jan 30th, 2010 @ 23:50 | #21

    kita kena jaga anak seolah-olah kita rasa dia ada melekat di sisi kita.Anak adalah anugerah Allah.Klu bkn msk bapa sdiri yg nk jaga,sape lg kannnnnn??????

Submitting Comment, Give me a second...

Leave a comment

Allowed tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>
Trackbacks & Pingbacks ( 0 )
  1. No trackbacks yet.