Home > Mediconecdot > KESAN BURUK BABY WALKER

KESAN BURUK BABY WALKER

Baby_Walker

Semakin terbukti baby walker tidak bagus untuk anak kita malah ianya hanya membawa mala petaka.
Mari kita sama-sama lihat bukti yang telah ditunjukkan oleh kajian barat (ringkasan di dalam Bahasa Malaysia disediakan).
New Walkers Safer, but Pediatricians Still Want Them Banned
By Daniel J. DeNoon
WebMD Health News
Reviewed by Louise Chang, MD

March 7, 2006 — Baby walker injuries are way down — but the walkers should be on the way out, a new study concludes.

Invented some 250 years ago, baby walkers make infants mobile — too mobile, pediatricians say. From 1990 through 2001, baby walker injuries sent nearly 200,000 U.S. babies to emergency rooms. Three out of four of these babies fell down stairs. Most suffered head wounds. Some died.

In 1994, parents got an alternative: stationary activity centers that let kids bounce and swivel and tip without going anywhere. And in 1997, all U.S. walkers had to meet new design standards. Either they had to be too wide to fit through a standard doorway, or they had to have a braking feature that stops the walker at the edge of a step.

Both strategies worked, find Brenda J. Shields and Gary A. Smith, DrPH, of the Center for Injury Research at Children’s Hospital in Columbus, Ohio.

“There was a 76% decrease in the number of infant-walker-related injuries that were treated in U.S. emergency departments from 1990 through 2001, with a marked decrease occurring between 1994 and 2001,” Shields and Smith write.

The study appears in the March issue of Pediatrics.

Most New Injuries From Old Baby Walkers

The drop in injuries beginning in 1994 shows that parents were turning away from walkers in favor of stationary activity centers, Shields and Smith say. Until then, there had been some 23,000 baby-walker-related injuries each year.

And after 1997, a lot fewer babies were falling down stairs in their walkers — suggesting that the design changes had an effect. In fact, most of the recent stairway falls happened with older walkers that did not meet the new standard.

But why take any risk?

“Infant walkers serve no essential purpose,” Shields and Smith write. “Infant walkers do not help a child learn to walk, and, in fact, they can delay normal motor and mental development.”

The researchers note that Canada now bans baby walkers. Canadian consumers face fines of up to $100,000 or six months in jail if found in possession of a baby walker, they note.

“Therefore, the U.S. government should follow the lead of the Canadian government and ban the sale, importation, and advertisement of mobile infant walkers in the United States to prevent additional infant-walker-related injuries from occurring to young children,” Shields and Smith argue.

In this, they have powerful support. The American Academy of Pediatrics continues its call for a baby-walker ban.

http://www.webmd.com/parenting/news/20060307/baby-walker-injuries-drop

Ringkasan

1. Daripada tahun 1990-2001, sebanyak 200,000 kecederaan kanak-kanak dilaporkan di AS berkait dengan baby walker. 3/4 daripada kes-kes ini disebabkan jatuh tangga.

2. Pada tahun 1997, AS menetapkan garis panduan kepada ciri dan reka bentuk baby walker seperti ianya mesti besar supaya tidak boleh melepasi pintu atau tangga, dan mempunyai alat penahan (brake) apabila hendak terjatuh. Selepas tahun 1997, semakin kurang bayi yang terjatuh dari tangga. Malah, kebanyakan kejadian jatuh tangga hanya melibatkan reka bentuk walker yang lama (tidak menepati garis panduan). Adakah baby walker anak anda mempunyai ciri-ciri garis panduan ini?

3. Tetapi, mengapa ingin mengambil risiko? Kerana padahal, walker tidak mempunyai sebarang kegunaan. Malah, ia tidak membantu kanak-kanak untuk berjalan dan ia juga melambatkan sistem tumbesaran motor, otot dan mental.

4. Di Kanada, hukuman denda dan penjara dijatuhkan kepada mereka yang mempunyai baby walker. Di AS juga, para pakar kanak-kanak menggalakkan pengharaman baby walker.

Satu lagi artikel menarik daripada Eropah:   http://www.capt.org.uk/pdfs/factsheet%20baby%20walkers.pdf

1. Garis panduan reka bentuk walker di Eropah telah diperbaharui pada tahun 2005. Walker direka agar tidak bergerak laju dan ianya sepatutnya berhenti (brake) apabila hendak terjatuh.

2. Jenis-jenis kecederaan kanak-kanak yang melibatkan baby walker: terjatuh tangga, kecederaan kepala, kebakaran air panas (mencapai cerek atau air panas di atas meja), mencapai objek tajam di tempat tinggi, keracunan (mencapai minyak wangi dan alkohol).

3. Walker mengajar anak-anak berjalan adalah mitos di kalangan ibu bapa sahaja. Merangkak, duduk, berguling dan bermain blok adalah lebih untuk pembentukan minda dan fizikal.

4. Walaupun sesetengah ibu bapa mengatakan walker selamat digunakan semasa kehadiran ibu bapa, tetapi kebanyakan kecederaan berlaku dengan pantas di depan ibu bapa dan anak mereka tidak dapat diselamatkan (70% daripada kes di AS).

5. Di Kanada, penjualan baby walker telah diharamkan sepenuhnya.

UMMUSAIF.COM
68000, Ampang.

Share and Enjoy:
  • Print
  • Digg
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Google Bookmarks
  • email
  • MySpace
  • PDF
  • RSS
  • Technorati
  • Twitter
  1. Suraya Mohsin Dec 13th, 2009 @ 21:19 | #1

    yes entry yang amat berguna.tq :razz:

  2. ummimusa Dec 14th, 2009 @ 00:24 | #2

    now if only i could get grandmothers to read and agree to these facts..sheesh

  3. me Dec 14th, 2009 @ 08:35 | #3

    Maksudnya, article di atas membenarkan penggunaan bouncer (mcm walker tp tak bergerak) kan?

  4. me Dec 14th, 2009 @ 08:53 | #4

    maaf ummusaif, maksud saya jumper, bukan bouncer.

    • ummusaif Dec 14th, 2009 @ 13:03 | #5

      @me,

      WHY TAKE THE RISK??

      http://www.ehow.com/about_5452661_baby-jumper-safety.html

      Ignoring any safety instructions can put your baby at risk when using a baby jumper or any other baby product. Always make sure doorframe jumpers are securely attached to the doorways. Some doorframe baby jumpers have been recalled over issues with their suspension springs.

      In 2005, there were 80 reports of springs snapping in the Fisher Price Hop, Skip jumper before it was recalled. According to the U.S. Consumer Product Safety Commission, injuries from faulty doorframe jumpers have included head lacerations, black eyes, bumps, bruises and a dislocated tailbone.

      Test the jumper and double check any clamps or hardware before placing baby in the seat.

  5. Muhammad Ridhwan Dec 15th, 2009 @ 08:09 | #6

    Interesting. Sangat menarik!

    Saya jarang membaca blog Ummu Saif, tetapi pagi ini pemikiran saya sudah berubah apabila membaca 3 post yang terbaru. Banyak entri yang bermanfaat yang berkaitan dengan kekeluargaan. InsyaAllah berguna pada masa yang akan datang kelak apabila saya sudah berumahtangga.

    Maaf jika comment ini agak janggal. Saya hanya sekadar blog-walking. :D

  6. shuhada Dec 15th, 2009 @ 09:12 | #7

    syukran..entry yang menarik..baby saya baru berusia 5 bulan..ibu saya dan mertua cadangkan beli walker, sbb dia dah semakin aktif dan taknak bermain sambil baring..kebanyakkannya nak main sambil berdiri atau didukung..entry ni membuatkan saya berfikir dua kali untuk beli walker..saya bersetuju bahawa bermain sambil baring,berguling,dsbgainya lebih membantu perkembangan minda bayi..kerana ini memang fitrah yang Allah telah kurniakan pada bayi..mungkin para ibubapa patut lebih memilih untuk setiap barangan yang nak diberi pada bayi anda..terima kasih ummu saif,saya amat menghargai info artikel ini..(saya boleh terangkan pada ibusa ya dan mertua nanti)

  7. zaki Dec 15th, 2009 @ 23:13 | #8

    adik saya dulu 20 tahun lepas pun kemalangan masa dok dalam walker tu.. dia kena strika panas yg mak letak kat atas meja.

  8. ina Dec 16th, 2009 @ 09:28 | #9

    salam, anak saudara suami pun pernah jatuh tangga masa duduk dalam walker. Tangga rumah mertua agak tinggi kalau kita yang besar ni pun hati-hati nak turun. memang terkejut besar lah kita semua…..kalau ikut logik boleh bawa kecederaan yang teruk. Alhamdulilah doktor periksa tiada kecederaan. Tapi saya jadi susah hati bila balik rumah mertua….kena lihat anak setiap masa takut jatuh tangga. Nak pakai walker lagilah risau….tapi selalunya mak mertua dan mak saya sendiri bising kalau tak bagi anak pakai walker mahupun buaian…..senang kita nak buat kerja katanya, senang anak nak tidur…tak tahulah nak buat camna…

  9. zuwairiaiman Dec 16th, 2009 @ 09:33 | #10

    terima kasih atas informasi di atas, begitu bernas luahan pandangan dari setiap masing2… saya hargai pendapat kaum2 ibu ataupun sape2 je yang berkongsi dlm entry ni.. great info

  10. Puan Ita Dec 17th, 2009 @ 19:12 | #11

    salam…
    tak ape..tak pakai walker dan buaian pun saya boleh buat kerje…jgn risau.. dulu2 tak ada pun benda2 ni… boleh je nenek moyang buat keje… insyaallah..Allah akan mudahkan urusan ibu2 mcm kita ni…nak bagi byk pahala kan.kena la susah sikit…

  11. Faizah Dec 21st, 2009 @ 15:02 | #12

    ‘3. Walker mengajar anak-anak berjalan adalah mitos di kalangan ibu bapa sahaja. Merangkak, duduk, berguling dan bermain blok adalah lebih untuk pembentukan minda dan fizikal.’

    Setuju sangat-sangat dengan point ini

    Teruskan ummu saif untuk berkongsi ilmu bermanafaat sebegini.

    Saya anak dah tiga. Semuanya tidak diwalkerkan. Saya biarkan saja mereka explore.

    Kalau ada pun di rumah neneknya dan pengasuh yang lama.

    Kalau sayalah, lebih baik invest dengan pagar2 utk menghalang ke tangga atau bilik air dsb nya.

  12. ummZiyad Dec 23rd, 2009 @ 08:44 | #13

    slm ummsaif,

    alhamdulillah saya jumpa artikel ni. mmg tgh contemplate nak bagi ziyad naik walker atau tidak, memandangkan akan mencecah umur 6 bulan very soon iAllah.

    ikut sejarah budak2 kecik dlm family kami, semua di walker kan. mmg ada incident jatuh tangga, terbalik ke blkg etc.

    so iAllah sy kensel niat nak beli walker…and biarkan dia guling2, merangkak2 etc. in other words, bermain/explore naturally mengikut perkembangan/kemampuan dia sendiri :)

  13. dila Dec 28th, 2009 @ 13:51 | #14

    salam..seronok baca entry ummusaif ni,sbb saya rasa ramai yang berkesedaran tinggi untuk menghalang penggunaan walker.
    saya pun penah ulas di blog saya,dan alhamdulillah ramai kawan yang sokong..salah seorang tu sebab dia mangsa patah hidung masa kecil kerana walker,jadi die bermati-matian halang saya guna walker.

    walker tak menyebabkan bayi cepat berjalan..bagi saya ia cume mempunyai fungsi minima -sekadar tempat duduk atau bermain permainan yang attached pada walker tersebut..

    semoga ummusaif akan come out dengan entry tentang keibubapaan yang merujuk pada medical view..sebab saya rasa kekurangan utama kite adalah terlalu banyak dengar cakap orang lama..tanpa sebarang research samaada benda tu betul ke tak..
    pasal susu ibu pun banyak mitosnye..apelg hal-hal penjagaan anak ni..

  14. sadiq Dec 31st, 2009 @ 15:51 | #15

    Terima Kasih… Jumat Duit Aku…

  15. tim Jan 3rd, 2010 @ 09:47 | #16

    A’kum..
    saya pernah mengikuti kelas psikologi semasa di UKM..
    Roughly apa yang saya ingat, pensyarah tu bagitau walker tidak begitu bagus bagi perkembangan psikologi kanak- kanak. Kanak- kanak memerlukan merangkak, bergulinng dsb untuk perkembangan minda. Dan ada satu kes di mana seorang budak yang mengalami masalah perkembangan otak, dan tidak pernah merangkak , dan di terapikan dengan merangkak.
    Hanya sedikit pandangan.

  16. mazila Jan 3rd, 2010 @ 10:45 | #17

    slm…
    sy bru tbaca artikel ni ari ni. tp smlm abahnya Audi beriya-iya sgt nk belikn walker. ank perempuan sy ni 5 bln lbh. dh nmpk aktif Audi skrg. so dibelinya…
    smlm abahnya Audi ada kt rmh utk tgk2kn… ari ni dh start keje. sy pn keje. tggl lah Audi ngn nenek dia kt rmh…
    lps baca artikel ni, gerun lak sy bile memikirkn walker ni x brape bgus utk baby..

    • ummusaif Jan 3rd, 2010 @ 11:22 | #18

      @mazila,

      betul, 5 bulan terlalu awal. biarlah anak merangkak sendiri. takde masalah kalau takde anak2 kecil lain yg blh kacau bby bila bby berguling atau merangkak.

      dan kebanyakan kemalangan berlaku di hadapan ibu bapa, kerana kemalangan berlaku pantas.

      anak sy pun berumur 5 bln setengah. kita sgt teruja bila lihat di suka melompat guna kakinya bila di dukung. tp bila sy tahu info ini, sy kensel terus niat utk beli.

      sy doakan puan kuat utk membuat keputusan.

      • mazila Jan 3rd, 2010 @ 12:23 | #19

        itu la… benda dh dibeli…

        insyallah…

  17. catlina Jan 4th, 2010 @ 01:11 | #20

    salam..dah beli dah walkernye..huhu actually my MIL yang ajar my baby pkai walker ,lagipun sy selalu outstation, byk juga benda yg sy taknak buat, dah dibuat dulu tanpa consult sy..(just consult my hubby je)…eg: tido buai, makan bubur nestum masa umur 4 bulan..kat rumah ade walker, tapi tak pakai sgt, my baby lagi suke merangkak n meniti…kat umah pengasuh ade juga, other baby punye,so jarang2 pakai sbb guna bergilir2…

  18. ummusaif Jan 4th, 2010 @ 01:21 | #21

    @catlina

    hmm… ni semua sindrom bby lg banyak diasuh oleh nenek daripada ibu sendiri.. classic example.

    Taktau nk kata apa since mak pun selalu outstation. nk ubah, kita lak takde utk membantu neneknya. cuba la perlahan2..

    Semoga Allah pelihara…

  19. MamaSyifa' Jan 4th, 2010 @ 10:55 | #22

    Alhamdulillah..waa..mujur belom nyempat beli walker lagi..memang tgh dok berkira2 ngan Abu Syifa’ nak belikan dia walker..hihi..thanx a lot sis, very gud post :lol:

  20. pakchaque Jan 9th, 2010 @ 10:16 | #23

    anak2 saya pakai walker.pakai buai jugak..puting pon sama..complete set yg tak elok2 ni..tapi abang dah stop semua bila adik datang.masa tu umo dalam 1yr plus.. skrg adik 10 mths..tdo buai, naik walker.puting dah lama stop.. bila baca entry ni, terus angkat anak dari buaian…erk!

  21. Puterikalimah4 Jan 17th, 2010 @ 20:46 | #24

    Apa alternatif lain daripada menggunakan semua alat-alat ini selain daripada secara ‘natural’?

    Contohnya ketika nak buaikan bayi ataupun nak bagi budak-budak jalan tanpa walker saja?

  22. che maziah Jan 18th, 2010 @ 21:18 | #25

    Walker mmg bahaya, sbb tlalu bebas, boleh k mana2 tnpa kawalan. Sekirany tpksa guna, ikat dgn tali kukuh ke tiang y gagah y tk akan tumbang. Ini pengalaman sy: Sy guna kurungan seluas katil single bertayar y boleh dilipat. Ia diprbuat dr kayu bulat. Kurungan boleh dipindh2. Guna tilam/toto sbg alasnya. Jadinya, anak bebas tapi terkawal di dlmny. Anak boleh berlatih menyulur, merangkak, berguling, berdiri, bertatih seterusnya berjalan. Mainan slmt d beri. Tk bli pun. Ap y ada kt rumah, aslkan kita fikir selamt. Sy guna dr awal kelahiran lg. Itu adlh sedikit pengalamn utk d kongsi. Suami buat utk anak pertama 27 thn y lalu serta diperturunkan k adik2ny.

  23. anith sofiyyah Jan 20th, 2010 @ 10:24 | #26

    itu ummi saya che maziah.masih ingat kurungan tu.ciptaan inovasi abah saya seorang jurutera digunakan sehingga adik bongsu saya.apapun yang penting adalah pemantauan.itu hak setiap kanak-kanak untuk mendapat perlindungan dari penjaga.rujuk laman web ini http://www.scribd.com/doc/21550181/Panduan-Keselamatan-Kanak-kanak. contoh hari ini ad kanak-kanak umur 3 tahun dihempan televisyen 24 inci semasa menonton berseorangan.Semalam berita kanak-kanak umur 4 tahun mati terjatuh dari balkoni(pintu gelongsor ditutup dari dalam.kanak2 mampu membukanya) semasa ditinggalkan bersendirian kerana ibu berkerja. Jangan ambil mudah. Pengalaman saya di tadika dan taska walaupun bersendirian kanak-kanak mampu mencederakan diri sendiri.Kita sebagai penjaga bertanggungjawab memantau keselamatan mereka.

  24. nurul majdi Jan 20th, 2010 @ 12:11 | #27

    Suami dan saya juga tidak bersetuju penggunaan walker terhadap tetapi ibu mertua dan ibu cukup bertegas agar anak kami menggunakan alat tersebut.

    Saya tidak mempunyai pilihan lain kerana ibu mertua dan babysitter yang menjaga mereka. selagi boleh sekiranya saya berada dirumah, penggunaan walker aadalah amat minima.

  25. ummusaif Jan 20th, 2010 @ 17:33 | #28

    @nurul majdi

    kalau bby lagi apa kata puan beli playcot. ada byk yg portable eg brand mothercare or graco. at least kalau kita dah beli, blh dijadikan alternatif. depa tu paksa guna walker bcoz depa tak larat nak monitor anak all the time.
    so kita kena cari alternatif kalau depa taknak dengar penjelasan kita.

  26. anith sofiyyah Jan 20th, 2010 @ 19:09 | #30

    ini saya copy sdikit tentang penggunaan baby walker drpd ‘panduan pencegahan kecederaan kanak-kanak’ m/s 10.
    Alat bantuan berjalan kanak-kanak adalah berbahaya. Anda dinasihatkan supaya jangan menggunakannya.Dengan alat ini, bayi boleh bergerak dengan lebih laju dan mencapai barang-barang di sekelilingnya. Bayi mendapat kebolehan untuk bergerak sebelum dia bersedia dan ini menyebabkan bayi lebih cenderung untuk mendapat kecederaan serius seperti jatuh, terbakar dan melecur. Penggunaan alat bantuan berjalan tidak akan membantu kanak-kanak belajar berjalan dengan lebih cepat atau pantas.

  27. anith sofiyyah Jan 20th, 2010 @ 19:13 | #31

    comel playkot itu.design seperti di taska saya.ad 2.satu biru dan satu lagi pink.

  28. che maziah Jan 21st, 2010 @ 15:26 | #32

    Pagi tadi saya ke HSdg. Ke Unit Fisioterapi. Saya lihat ada pelbagai jenis walker. Walker tsb digunakan sbg alat kpd kanak-kanak yg belum mampu berjalan lagi. Ianya sbg alat supaya kaki jadi gagah. Apapun, pemantauan yg penting. Anak tidak boleh dibiarkan sendirian. Kanak-kanak perlu lalui setiap proses pertumbuhan. Dia perlu angkat kepala, berguling, heret dada, menyulur, duduk, merangkak, bertatih seterusnya berjalan. Setiap proses itu bersesuaian dgn perkembangan fizikal & kognitifnya. Tertinggal satu proses, dia akan rugi. Itu menunjukkan betapa melimpahnya kasih sayang Allah swt kepada kita makhluk ciptaanNya. Alhamdulillah. Ameen

  29. Anonymous Feb 7th, 2010 @ 10:56 | #33

    :grin:

  30. fiza Feb 8th, 2010 @ 09:56 | #34

    anak saya pun dah byk kali jatuh dari walker coz rumah saya banyak bendul…

  31. Zubaile Abdullah Feb 9th, 2010 @ 15:14 | #35

    Assalamualaikum..

    Post yang menarik dan bermanfaat. Selain risiko jatuh, baby walker juga melambatkan anak berjalan.. pengalaman saya, anak saya yang sulung di baby walkerkan, boleh jalan pakai baby walker tapi bila luar baby walker dia lebih suka mengesot.. sampai umur 1 tahun lebih..

    tapi anak no 2, saya dah tak bagi baby walker.. proses dia cantik je.. mengesot, merangkak dan bertatih terus berjalan pada umur 9 bulah sahaja..

    lagi pula kalau kat UK, dah diharamkan rasanya penggunaan baby walker ni..

    Biarkan je anak-anak melalui proses berjalan tu tanpa baby walker dan saya sangat bersetuju dengan pandangan che maziah dan anith soffiyah

    Zubaile Abdullah
    http://www.mystormreaders.com

Submitting Comment, Give me a second...

Leave a comment

Allowed tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>
Trackbacks & Pingbacks ( 1 )
  1. Dec 13th, 2009 @ 19:40 | #1
    Pingback: Adakah Baby Walker Selamat Untuk Anak Anda? Bahagian 2 | UmmuSaif.Com « penggaram