Home > Family > No More Smart Reader!

No More Smart Reader!

naurah n me

Sudah hampir 6 bulan Naurah di Smart Reader.  Akhirnya, sampailah hari report card Naurah.

Setelah selesai tutorial di PPUKM hari ini, suami saya terus mengambil saya untuk ke Smart Reader Naurah.

Sesampai di Smart Reader, hanya saya dan Naurah pergi berjumpa guru kelas. Suami saya lebih ‘rela’ duduk menunggu di dalam kereta daripada bersemuka dengan guru. Pengalaman beliau sebelum ini dengan guru di situ membuatkannya serik untuk berjumpa dengan mana-mana guru.

Sesampai di kelas Naurah, Teacher Chong (bukan nama sebenar) terus mempelawa kami duduk di kerusi.

Perkara pertama yang diserahkan oleh Teacher Chong adalah kertas-kertas ujian akhir Naurah.
Teacher Chong memberitahu betapa Naurah lemah di dalam spellingnya. Naurah cuma mendapat markah 41% sahaja untuk Bahasa Inggeris. Beliau juga bertanya sama ada ada sesiapa yang boleh menunjuk ajar Naurah di rumah. Saya terangkan kepada beliau di mana saya selalu tidak sempat untuk mengajar beliau kerana waktu kerja syif yang berubah-ubah. Padahal, itu bukanlah alasan sebenar mengapa saya jarang mengajar Naurah jika dibandingkan dengan masa yang saya peruntukkan untuk mengajar Saif.

Daripada perjumpaan dengan Teacher Chong tadi, apa yang membuatkan saya terkilan ialah sikap guru yang tidak positif dengan pencapaian anak muridnya. Daripada 5 kertas ujian yang diambil oleh Naurah, hanya satu sahaja yang ditunjuk dan ditekankan oleh Teacher Chong. Dan ianya adalah kertas ujian yang paling corot, Bahasa Inggeris. Beliau sedikit pun tidak meng-highlight subjek yang lain seperti Bahasa Malaysia (91%) dan Agama (100%). Apabila saya bertanyakan tentang kedua-dua subjek ini, katanya soalan-soalan kertas ujian ini memang senang (dengan kata lain, ‘itu pasal Naurah boleh skor’).

Selepas selesai daripada perjumpaan tadi, saya sedikit pun tidak terkilan dengan pencapaian Naurah. Tetapi sebaliknya, saya lebih terkilan dengan sikap guru atau sistem sekolah pra sekolah yang kononya telah memenangi banyak anugerah pra sekolah itu.

Terkenang 6 bulan yang lalu..

Sebelum Naurah memasuki sekolah Smart Reader, Naurah telah dimasukkan ke sebuah tadika ‘biasa’ yang berhampiran dengan rumah kami. Kami semua sangat teruja apabila Naurah mula bersekolah. Namun, selepas seminggu bersekolah di situ, kami sedikit demi sedikit melihat akan kelemahan sekolah ini. Naurah sepatutnya mendapat pakaian uniform sekolah (di dalam pakej yuran), tetapi disebabkan guru salah mengambil ukuran, hampir semua murid-murid di situ tidak beruniform sehinggalah 5 bulan berlalu.

Setiap hari juga, saya lihat Naurah tidak mempunyai sebarang homework dan apabila cuti penggal bulan 5 berlangsung, saya dapati Naurah masih tidak mengenal ABC dan 1 hingga 10! Ini membuatkan saya ‘mengamuk’. Bayaran sebulan sebanyak RM280 tidak mengajar anak saya apa-apa!

Maka, saya dan suami pun terus mengambil keputusan untuk menukarkan Naurah ke sekolah lain. Kami bertanyakan banyak prasekolah, tetapi kebanyakannya tidak mahu pengambil pelajar baru di tengah tahun. Dan oleh kerana pada waktu itu PPSMI masih dipersetujui kabinet, maka kami memilih Smart Reader, dengan harapan Naurah akan mahir di dalam Bahasa Inggeris.

smart

Hari pertama Naurah di Smart Reader, Naurah memang bersemangat. Beliau sangat ceria dan tidak sabar untuk bersekolah.

Namun, pada hari ke tiga Naurah di Smart Reader, Naurah telah mengeluarkan tantrumnya  sewaktu bangun tidur. Naurah tidak mahu bangun untuk ke sekolah. Beliau juga mengamuk-ngmuk dan tidak mahu memakai baju. Pelik, sungguh pelik, mengapa tiba-tiba Naurah tidak suka sekolah? Dan hampir selama sebulan, Naurah tidak suka bangun pagi untuk ke sekolah. Padahal, di sekolah lama beliau, dia tidak begitu. Apabila ditanya, Naurah kata gurunya garang dan selalu marah dia.

Pada minggu ke dua pula, Naurah memberitahu kami, beliau telah dimarahi guru kerana terkencing di dalam seluar. Saya sangat terkejut dengan cerita Naurah itu. Dimarahi? Padahal seingat saya, Saif tidak pernah dimarahi guru apabila beliau terkencing di dalam seluar semasa di PASTI semasa berumur 5 dan 6 tahun. Kita semua tahu, kanak-kanak boleh mengalami ‘accident‘ seumpama ini. Dan ini bukan satu kepelikan.

Kami juga diberitahu naurah bahawa gurunya mengatakan beliau tidak boleh memakai tudung ke sekolah. Apabila saya sendiri bertanya kepada salah seorang guru di situ (bukan Islam), dia membenarkan cerita Naurah itu dan memberi alasan bahawa dikhuatiri Naurah akan confuse dengan subjek agamanya kerana hanya sewaktu kelas agama sahaja murid-murid disuruh memakai tudung dan bukan di kelas subjek lain. Dengan rasa pelik dan terkejut dengan jawapan guru berkenaan, saya meninggalkan guru tersebut tanpa sebarang argument bila mengenangkan tiada gunanya saya terangkan kepada guru bukan Islam itu.. Errr, siapa yang confuse?!

Alhamdulillah, Naurah masih kekal dengan tudungnya dan hingga hari ini beliau telah mempunyai seorang pengikut.

Selain daripada itu juga, saya lihat Naurah selalu tension dengan jumlah homework yang banyak setiap hari. Sehinggakan guru selalu menulis dengan pen merah, “Please Do Your Homework” di dalam bukunya. Setiap kali saya menyuruh Naurah membuat homework, beliau akan stress dan jarang sekali menghabiskannya. Padahal, Naurah yang saya kenali amat sukakan buku dan sentiasa mahu turut belajar semasa saya mengajar abangnya.

Naurah juga kelihatan mudah marah dan meragam lebih daripada sebelumnya.

Exam Oriented

Sikap tidak suka sekolah dan belajar ini sebenarnya timbul apabila suasana pembelajaran di sekolah tidak menarik. Guru-guru gagal membentuk suasana yang ceria dan mennyeronokkan bagi kanak-kanak untuk mahu belajar. Guru terlalu mengejar silibus dan exam oriented seawal pra sekolah. Character building bukan objektif utama, tidak seperti di sekolah-sekolah di Eropah dan Amerika Syarikat.

Selain daripada gagal memupuk minat belajar secara ceria dan menyeronokkan, mereka juga gagal menyemai nilai-nilai murni di kalangan murid-murid seperti buat baik kepada ibu bapa dan adik beradik, tidak bercakap kasar, kelas agamanya juga gagal untuk mengajar amalan-amalan harian yang baik seperti bacaan doa dan sebagainya. Ini berbeza dengan Saif semasa beliau di PASTI. Semasa di PASTI, Saif akan menceritakan semua kisah-kisah Nabi dan amalan yang baik kepada kami.

Pada hari konsert Naurah juga, suami saya sendiri mendengar bagaimana para guru memarahi murid-murid dengan nada suara yang tinggi, “Why u stand there? Stand here!”, kerana pada waktu itu mikrofon sedang on di belakang pentas. Malah, saya juga telah menyaksikan beberapa kali, betapa tingginya nada yang digunakan oleh para guru semasa mengajar di kelas terutama oleh guru-guru bukan melayu.

Mungkin, saya silap kerana mengharapkan semua expectation saya itu daripada Smart Reader. Padahal saya tahu, Smart Reader mengutamakan Bahasa Inggeris dan tidak yang lain.

Saya ada juga bertanyakan bagaimana keadaannya di cawangan Smart Reader yang lain. Kakak saya juga menghantar anak-anak beliau ke Smart Reader. Di Smart Reader tersebut, semua guru-guru Islam memakai tudung dan murid-murid Islam juga disuruh memakai tudung. Guru-guru kebanyakannya melayu dan mereka tidak garang. Maka, adakah ianya bergantung kepada bangsa dan agama guru tersebut? Maaf, jika saya bersikap tidak adil, tetapi hampir kebanyakan cerita yang saya dengar, guru garang adalah di kalangan guru Cina dan kemudian diikuti guru India.

Walau bagaimanapun, saya tetap terkilan dengan sikap para guru Naurah yang garang dan kurang sifat lemah lembut serta sistem exam oriented yang terlalu awal untuk kanak-kanak pra sekolah.

What a bad start!

UMMUSAIF.COM
68000, Ampang.

Share and Enjoy:
  • Print
  • Digg
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Google Bookmarks
  • email
  • MySpace
  • PDF
  • RSS
  • Technorati
  • Twitter
  1. Ummu Saifullah Feb 19th, 2010 @ 14:31 | #101

    Assalamualaikum

    Nasihat ini hasil dari valid and reliable researches dan juga pengalaman berinteraksi dengan kanak-kanak lebih daripada 20 tahun.

    There should be NO EXAM for pre-school kids.
    There should be NO HOMEWORK for pre-school kids.

    Yang mempunyai hubungan rapat (high correlation) dengan kejayaan anak-anak adalah high self-esteem, high self-confidence, high self-efficay. Ini di bina bukan dengan homework dan exam!

    Mazwati
    PhD Education

  2. Anonymous Feb 19th, 2010 @ 21:03 | #102

    I totally agree with NO Exams and NO HOMEWORK for pre-school kids.

    Noormala
    Tadika Ihsan UTM

  3. ummusaif Feb 19th, 2010 @ 23:59 | #103

    @Ummu Saifullah
    salam. blh minta rujukannya. blh saya siarkan di sini..

  4. nia_ain Feb 20th, 2010 @ 16:49 | #104

    salam ummusaif.

    benar, semua ibubapa pasti mahukan yg terbaik utk anak2. walau bagaimanapun, kita hendaklah selalu rujuk peribadi dan hikmah Rasulullah terhadap kanak2 dalam membuat kayu ukur ‘terbaik’ itu.

    sy sendiri berasal daripada keluarga yg tidak menghukum. ayah saya amat jarang menyebat, merotan dan mengherdik. emak sy, suaranya jarang dpt didengar oleh jiran2 walaupun anaknya 8 orang! alhamdulillah, tidak pula kami membesar menjadi anak manja. dan kelapan-lapan kami berjaya masuk ke menara gading wpun tiada seorg pun drp kami yg mengikuti tusyen semasa bersekolah.

    jadi, persoalan ‘manjakan anak’ tatkala kita tidak mahu anak kita dimarahi sebarangan (terutamanya dengan umur semuda 3,4,5 hatta 6,7 thn) sepatutnya tidak timbul.

    walaupun saya tidak bekerja (berhenti ketika mengandung anak ke-2) dan sy berhenti ketika financial condition kami belum stabil, tp sy tidak menolak kepentingan ibu bekerjaya terutama dlm bidang profesional. bg sy itu persoalan kemaslahatan ummah.

    pendek kata, sememangnya sampai masa utk muslimah yg mampu utk membina kerjaya (kontra dgn pdpt sstgh pihak) dlm bidang pendidikan awal. kdgkala it takes a mother to understand a child.pandanglah anak kita dgn kasih sayang…kita sudah melewati (s/ada baik/buruk) masa kanak2 kita, jgnlah mereka pula terlepas peluang menikmatinya dgn positif…

    salute kpd abu saif & ummusaif. “walau apa pun yg kita lakukan, org tetap akan mengata.” jadi alang2 org mengata, baik lah org mengata kita atas kebaikan yg kita lakukan (wpun komen diorg tu menjelikkan). ikhlas itu hanya antara kita dgn Allah, org lain x berhak mempersoalkannya.

  5. maisara Feb 22nd, 2010 @ 20:23 | #105

    blh…

  6. maisara Feb 22nd, 2010 @ 20:24 | #106

    saya dah masuk tusyen Smart reader…teacher kang sangat baik

  7. ummuitqan Feb 25th, 2010 @ 14:55 | #107

    Pre-schoolers should have fun so I supposed Smart Reader wants the children to be none other than A-Smart-READER at an early age, so I’m not suprised when they have lots of homework plus very much exam oriented.

    On the other hand, some kindy/playschool used play as a method of learning, and still parents complain because (they think) the children are not learning anything (academic wise).

    As a parent I can really relate to the dilemma of finding the best school for our kids. The challenges are exhaustive but would either

    1) the school could not handle (e.g do not understand the psychology of children and thus failed to make the curriculum parallel to that, too money-oriented)
    or
    2) we could not handle (expensive, logistically not accessible)

    The best teachers would undeniably be parents. Kak Muna with all the limitations of time and work challenge will still be the best teacher of all because only you understand your children’s personalities, capabilities, strengths and limitations.

    After 2 children of mine go to school, I realised that instead of relentlessly putting too much effort to find a perfect school; home is still the best classroom.

    At least now Naurah is happy at PASTI and Saif at Khalifah-model School. We do not have the same option for primary school as Saif does and later Naurah. I really hope they will open Khalifah model school in JB and everywhere else.

    May ALlah help us all to strive for our children’s rights to a quality education.

  8. othman ahmad Feb 25th, 2010 @ 21:43 | #108

    Saya pening kepala dengan Smart Reader di Presint 8 Putrajaya.Bagaimana boleh beroperasi atas kedai.Bukankah kelulusan diberi di rumah semi D atau Terrace Corner/bunglow?
    Kids disuruh tunggu atas tanga masa pulang menunggu parents,kawasan atas tangga panas,Tak Boleh pasang kipas ke?
    Menu kids macam mana?Cokkodok dan lain-lain yang macam makanan orang susah..hairan !
    Sampai sekarang saya minta Menu dan Senarai Guru terlatih..tak dapat-dapat….Nenek Kebayan

Submitting Comment, Give me a second...
Comment pages 1 2 3

Leave a comment

Allowed tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>
Trackbacks & Pingbacks ( 2 )
  1. Dec 10th, 2009 @ 13:07 | #1
    Pingback: Nikmat Kerahsiaan Yang Menghakis Iman « Cahaya Hidayah
  2. Dec 10th, 2009 @ 20:58 | #2
    Pingback: Nikmat Kerahsiaan Yang Menghakis Iman « Tadabbur al-Engineer (faridul.blogspot.com)