Home > Mediconecdot > Bayi Saya Jatuh, Tapi Ok..

Bayi Saya Jatuh, Tapi Ok..

Cerita kawan:

Baby aku jatuh. Wife tergelincir semasa mendukung baby. Baby nangis straight away selepas jatuh. Cuma ada benjol di kepala tapi baby aku ok je. Doktor dah periksa, cuma kata observe 24 jam di rumah aje.

Contoh cerita lain,

Baby saya jatuh dari buaian lebih kurang setinggi 2 kaki. Baby saya kuat, tak nangis pun. Tak bawak pun gi klinik sebab nampak ok.

Ini adalah cerita yang biasa kita dengar di sekeliling kita. Mungkin juga pernah berlaku di dalam keluarga sendiri. Begitu juga keluarga saya.

Ada banyak isu yang boleh saya bincangkan di sini:

1. Pengetahuan perubatan (medical knowledge) di kalangan ibu bapa dan sejauh mana mereka tahu untuk memeriksa tahap kesedaran bayi mereka.

2. Definisi “ok” oleh ibu bapa serta apa impaknya bayi yang tidak menangis selepas jatuh.

3. Panduan terbaru tentang keperluan imbasan CT otak CT Brain scan) di dalam isu kecederaan kepala di kalangan kanak-kanak berusia kurang 2 tahun.

4. CT scan VS No CT scan in view of imaging radiation. Kesan radiasi imbasan otak.

Dalam seminggu ini, terdapat 3 kes di mana bayi kurang dari umur 3 bulan terjatuh telah datang ke Jabatan Perubatan Kecemasan PPUKM. Kesemua tidak mengalami kecederaan dan mereka boleh diklasifikasikan sebagai Mild Head Injury.

Bayi pertama dan kedua tidak kami lakukan CT brain tetapi mereka telah dimasukkan ke dalam wad Neurosurgery untuk pemerhatian. Semasa saya mengendalikan 2 kes ini, saya sekadar berdiskusi dengan pegawai perubatan yang senior di Jabatan Neurosurgery.

Kes ke 3, bayi berumur 2 bulan jatuh dari sofa setinggi 2 kaki. Bayi hanya diam dan tidak menangis sejurus jatuh. Bayi cuma mengalami lebam biru di dahi (bruises). Kemudiannya bayi menyusu dan tidur seperti biasa.

Pada mulanya, kami mengambil keputusan untuk tidak melakukan CT Brain. Tetapi semasa ward round bersama pakar kami iaitu Dr Faizal Amri, kami mengambil keputusan untuk melakukan CT Brain scan walaupun pemeriksaan bayi nampak normal.

Penerangan yang diberi oleh Dr Faizal ialah, bayi kurang dari 6 bulan pada kebiasaannya akan tidur banyak. Memang sukar untuk memerhatikan tahap kesedaran mereka (GCS monitoring) pada sekitar umur ini.

Ketinggian itu juga adalah 2 kali daripada ketinggian atau panjang bayi. Maka ia adalah ketinggian yang siknifikan.

Bayi juga tidak seperti orang dewasa, otak mereka tersangat sensitif lagi fragile dengan sebarang hentakan.

Bayi ini juga dikatakan tidak menangis selepas jatuh, dia hanya terdiam seketika. Dengan bahasa perubatan, bayi tersebut telah mengalami hilang kesedaran sementara (loss of consciousness).

Sebarang tanda-tanda neurologi adalah simptom yang lewat.

Radiasi CT Brain hanyalah sekali dan tidak memberikan impak yang besar berbanding keperluan utama untuk memastikan tiada kecederaan otak.

Bath seat for baby prevents babies from fall-available at Mothercare

Untuk memastikan lagi kata-kata Dr Faizal tadi, maka di sini saya nyatakan kajian terkini oleh pakar kanak-kanak di London di mana mereka mengambil 347 kajian (research studies) yang pernah dilakukan kemudian mereka banding dan membuat kesimpulan daripada kesemua kajian-kajian ini.

http://www.bestbets.org/bets/bet.php?id=238

Kesimpulan daripada perbandingan semua kajian ini ialah:

The emergent imaging of children with minor head trauma remains conflicted between the need to differentiate ICI versus minimisation of radiation exposure to a large number of young brains. The consequences of ICI in otherwise clinically normal children who have had a head injury remain unclear. Up to 8% of children with a GCS of 15 following head injury will show radiographic ICI on brain CT (Boran), up to almost half of these may receive neurosurgery or be offered prophylactic anti-convulsant therapy. Ten prospective studies representing more than 10,000 children with minor or mild head injury clearly demonstrate that intra-cranial injury occurs in the absence of altered GCS and/or focal neurology. It is also clear that an improvement of GCS to 15 does not mitigate against ICI (Murgio). Interestingly LOC of less than 5 minutes or amnesia with no other findings has been shown to be low risk for ICI (Palchak) Two papers show those infants who have no focal signs and no altered mental state but have a significant scalp haematoma are at increased risk of ICI. There appears to be a stronger association of ICI with non-frontal haematoma and the younger end of this age spectrum. Clinical or radiological evidence of skull fracture is also shown to significantly increase the risk of ICI. Direct evidence supporting mandatory scanning in coagulopathic children is limited.

There is no study which adequately differentiates on clinical grounds those children with mild head injury who require intervention from the majority who can be managed conservatively. All head injured children who have a GCS of < 15 should undergo cranial CT. In order not to miss surgically important brain injuries all children GCS 15 with a head injury and a history of >30 seconds of LOC or clinical findings of amnesia, drowsiness, persistant vomiting, skull fracture or focal neurology should also have a brain CT. Asymptomatic infants less than two years of age who have head injury and a scalp haematoma or are suspected to have recieved NAI should also undergo cranial CT. Although the evidence is limited there should be a low threshold for imaging children with coagulopathy and head injury.

1. 8% dari kanak-kanak yang mengalami kecederaan kepala yang mempunyai tahap kesedaraan yang penuh menunjukkan Intra cranial injury (ICI) di dalam CT scan. Separuh dari jumlah ini memerlukan pembedahan otak. 8% ini bersamaan dengan lebih 10,000 orang kanak-kanak.

2. 2 kajian menunjukkan kanak-kanak (kurang dari 2 tahun) yang mengalami lebam atau benjol di kepala walaupun pemeriksaan yang lain termasuk tahap kesedaran adalah normal, berisiko untuk mengalami intra cranial injury (kecederaan otak).

3. Tiada kajian yang benar-benar menunjukkan perbezaan di antara keperluan 24 hour observation vs CT Brain. Namun, untuk tidak terlewat mengambil tindakan, adalah disarankan semua kanak-kanak, mestilah dilakukan CT brain apabila pemeriksaan menunjukkan tahap kesedaran yang normal tetapi mempunyai hilang ingatan (loss of consciousness) lebih 30 saat, kelihatan mengantuk atau muntah-muntah.

4. Ct brain mesti dilakukan kepada semua kanak-kanak kurang dari umur 2 tahun yang mengalami benjol di kepala walaupun pemeriksaan neurologi yang lain normal.

Akhir kata dari saya, sebagai ibu bapa, anda ada hak untuk meminta Ct brain dilakukan (if  Ct Scan facility is available in the hospital) setelah mengetahui hujah informasi ini walaupun doktor yang memeriksa tidak mahu melakukannya!

UMMUSAIF.COM
68000, Ampang.

Share and Enjoy:
  • Print
  • Digg
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Google Bookmarks
  • email
  • MySpace
  • PDF
  • RSS
  • Technorati
  • Twitter
  1. Fahisham Jan 1st, 2010 @ 18:37 | #1

    Salam

    Mungkin sy tak bersetuju CT dikenakan keatas semua kanak2 disebabkan tahap radiasi yg tinggi. (Do no harm to patients 1st ethic) Kebanyakan kanak2 yg masuk dlm paed emergency service akan di tahan untuk observation selama 6 jam. Pentingnya kanak2 bawah umur ie bwh 1 thn perlu di ‘observe’ secara detail lagi mungkin di masukkan di dalam wad kerana utk memastikan kes ini bukan ‘non accidental injuries’. Doktor semestinya berhati2 mengambil jalan yg terbaik utk pesakit tersebut. Yang pasti sejak saya bekerja di emergency setting, hanya umur 1 thn akan di masukkan disebabkan suspicious of NAI, atau mana2 kanak yg menunjukkan neurological signs atau symptoms.

    • ummusaif Jan 1st, 2010 @ 19:33 | #2

      @Fahisham,

      Salam fahisham.

      terpulang nk guna approach yg mana as long as u have a strong back up guidelines. Most guidelines pun kata if no LOC but later on ada episodes of vomitings, warrants CT Brain. But the one that i took is from comparison of 347 studies updated 2008 done by a Paediatric Consultant of St Mary’s A&E, London.

      But again, most important is the mechanism history. If significant impact, i think it warrants CT. By the time symptoms show probably hours later.

      Maybe Paediatricians have to seat together with Emergency Physician for A best solution.

  2. Puterikalimah4 Jan 2nd, 2010 @ 11:36 | #3

    Banyak bayi yang mati kerana terjatuh. Kebanyakkannya, bayi yang jatuh di rumah asuhan kanak-kanak. Penjaga tidak memaklumkan kepada ibu bapa bahawa anak pernah terjatuh. Setelah lewat dan menunjukkan simptom yang teruk, barulah ibubapa sedar bahawa anak mereka ada masalah, lalu di bawa berjumpa dengan doktor.
    Memanglah ajal-maut itu di tangan tuhan dan telah di tetapkan.

    Tapi, bagaimana nak tahu bayi ada kecederaan pada kepala akibat terjatuh sekiranya di perhati secara kasar dari luar tanpa berjumpa dengan doktor?

    • ummusaif Jan 2nd, 2010 @ 18:47 | #4

      @Puterikalimah4,

      Salam puan.

      Kalau kemalangan tidak diketahui (tidak diberitahu oleh yg memerhati), mungkin sukar utk kita nampak sebarang tanda2/simptom kecederaan melainkan simptom yg obvious seperti benjol/luka yg besar. Maka, mungkin kita tak akan perasan apa2 perubahan.

      Tetapi jikalau kemalangan tersebut diperhatikan oleh ibu bapa sendiri atau keluarga atau carer, maka kita akan lebih prihatin dan fokus dgn sebarang perubahan fizikal anak.

      Simptom2 blh dibahagikan kepada local atau general.
      Local symptoms are:
      lebam, benjol atau luka pada bahagian yg terkena kemalangan

      General symptoms:
      Lebih mengantuk daripada biasa
      Tidak aktif
      Muntah2, tidak mahu minum susu
      Hilang ingatan
      Lemah tenaga
      And worst are, sawan dan koma

  3. ulfa Jan 3rd, 2010 @ 11:25 | #5

    ummu saif..
    anak saya baru-baru ni terantuk dan menyebabkan benjol besar di kepala/dahinya…kami telah membawa dia dirujuk ke doktor GP sejurus selepas dia terantuk (di dinding batu) menurut doktor tersebut dia tidak nampak sebarang kecederaan yang serius dan menyuruh kami pantau..kemudian esoknya sekali lagi kami bawa ke GP untuk dirujuk semula dan dapatkan referal letter untuk dirujuk ke pakar..anak saya sejurus selepas terantuk di menangis kemudian termuntah (tapi muntah air) kami tidak tahu sama ada dia muntah sebab cedera atau sebab dia menangis..kerana memang adakalanya dia akan menangis sampai muntah(dalam keadaan biasa tidak terantuk atau terjatuh) namun sepanjang malam memang dia ‘monyok’ sahaja, tidak mahu bercakap(banyak angguk dan geleng shj bila ditanya) dan tidak mahu minum susu..setelah kami rujuk ke pakar surgeri (kerana doktor GP bagi referel letter agar dirujuk pada pakar surgeri) doktor tersebut telah buat pemeriksaan secara fizikal mengikut penerangan beliau mata anak saya ok tidak menunjukkan sebarang kecedaraan yang serius..kami ada tanya doktor perlu scan tak? doktor kata bagi pandangan dia tidak perlu sebab anak nampak ok muntah tidak berlanjutan, sudah makan dan mahu minum…seterusnya dia ada katakan dia tidak mahu scan kerana ada side effect..dengan scan boleh mendedahkan kanak-kanak ini pada bahaya kanser dll kalau betul2 perlu baru dia scan…alhamdullilah sekarang anak saya tidak ada menunjukkan perubahan dari segi keaktifan dll…tetapi setelah baca artikel ummusaif membuat saya berfikir dua kali sama ada perlu scan atau pun tidak…apa pandangan ummusaif pada side effect scan? secara peribadi ummu saif sarankan agar kami scan ke tidak?

    p/s anak saya lelaki berusia 2 tahun 6 bulan, berat badan 12 kg..kemalangan berlaku 2 minggu yang lepas

    • ummusaif Jan 3rd, 2010 @ 11:47 | #6

      @ulfa,

      salam puan.

      ada bbrp poin di sini:

      1. kes akan dinilai/assess mengikut kepakaran doktor. dan setiap kes adalah berbeza antara satu sama lain.

      2. i strong believe semua kes kecederaan kepala di kalangan kanak2 mesti dimasukkan ke dlm wad utk pemerhatian 24 jam kerana para ibu bapa tidak ada knowledge how to assess tahap kesedaran dan kecerdasan anak secara klinikal.

      3. utk ct scan or not still ianya bergantung assessment oleh doktor. Tak salah buat ct scan walaupun ada kesan radiasi jikalau ct scan itu diperlukan. in otherword, if it is proven patient needs ct scan, then it has to be done.

      4. radiasi mmg berlaku cuma ianya bukannya blh terus jd kanser straight away. tak ada pun kajian yg menunjukkan dgn satu ct scan terus dpt cancer.

      5. memandangkan kemalangan 2 minggu berlaku, saya rasa dh tak perlu buat ct scan KECUALI kalau keadaan fizikal dan kesihatan anak merosot dan juga mengadu simptom2 yg merbahaya seperti sakit kepala, kabur pandangan, tidak aktf, kurang makan.

      6. kalau sekali pun beliau ada kesan drpd kemalangan tadi mungkin sekadar concussion iaitu kecederaan otak yg ringan.

      7. mungkin sesuai utk persiapan puan di masa hadapan. prevention is better than cure.

      wallahu a’lam. semoga mmbantu.

      • ummusaif Jan 3rd, 2010 @ 12:01 | #7

        @ummusaif

        semua doktor mesti update diri mereka dgn newest medical info. some doctors dont. so as a parents we have to know some medical knowledge as well.

        • abusaif Jan 3rd, 2010 @ 12:40 | #8

          @ummusaif,

          Its good that Ummu Saif continue the writing… boleh tolong ibu bapa macam kami tambah pengetahuan tentang perubatan, yang susah nak dapat di tempat lain.

  4. catlina Jan 4th, 2010 @ 01:19 | #9

    salam..ummu saif, my 9 months baby baru je jatuh dari baby cot hari ni..tinggi jugaklah about 3 kaki (lantai mozek), accident yang mmg tak disangka2…in 1 sec je berlaku..rasa cam terkilan sgt tak sempat sambut dia,..dah bwk gi klinik, dr suruh observe dlm 24 jam, so sy sanggup amik cuti utk jaga baby.hmm…my baby nmpk normal except a bruise kat bwh mata kanan, tapi perasan juga masa balik dr klinik dia mengantuk n tido atas riba sy, cuma nak kata drowsy sbb jatuh, itu mmg time dia tido.Sampai je kat rumah, dia aktif dan bermain dlm sejam sebelum menyusu dan tido….ummu saif ni paed ye?Sy link ye…

    **sy ada bc kat internet yang kalau baby kita penah jatuh, elakkan aktiviti lasak utk elakkan jatuh lagi sbb takut jatuh kali kedua akan worsen the first fall..

  5. ummusaif Jan 4th, 2010 @ 01:43 | #10

    @catlina

    as i said earlier, polisi a&e tempat sy bekerja ialah kami akan warded bby selama minimum 24 hours. Garis panduan hampir kebanyakan hosp.

    Sy pun hairan kenapa GP tak refer ke hosp. Tujuan warded bcoz most parents are not doctors or medical personel. So how do u know for sure bby is CLINICALLY ok. The word clinically means to be assessed by clinician.

    Lagi satu bby r not same as adult. Esp to young or first time parents, perubahan fizikal anak2 amat sukar utk diperhatikan kerana simptom mereka tidak sama dgn org dewasa serta mereka tidak blh/pandai mengadu apa2.

    Brain CT scan or not, is another issue. But, 24 hours hospital admission is mandatory (wajib) especially if significant impact (ketinggian lbh 2 kali daripada tinggi bby dan ada benjol besar). Dah la pulak, jatuh atas lantai mozek lagi tuh..!

    Nasihat saya, teruskan observe anak betul2 dlm sehari 2 ini. Make sure sendiri yg observe. Kalau ada perubahan aktiviti atau fizikal, terus bawa ke hospital dan bukannya klinik.

  6. abusaif Jan 4th, 2010 @ 01:44 | #11

    @ummusaif

    educating has never been easy… may Allah give you the strength ;-)

  7. MamaSyifa' Jan 4th, 2010 @ 10:46 | #12

    Salam ummu saif, i’ve just read thru this post as well as da comments. erm..cam risau la plak..

    my7 1/2-months baby da pernah jatuh. yang major 2 kali, satu jatuh katil bout sekaki tinggi and from her baby cot, bout 2 kaki tinggi.for both cases, she fall and landing dengan dada instead of jatuh kepala dulu (keadaan seperti meniarap)..n ada jugak few times terantuk kepala atas lantai (though da alas ngan comforter, still ada impact bila terantuk). fyi, now she’s started to crawl and sit and stil unstable of doing those.

    i did risau yet didn’t take any action of doing CT scan wut not. so far alhamdulillah, everything seems normal..tade la showing any symptoms like u’ve mentioned above.

    please advise me wut shud i do ya.

    worry ummi :cry:

  8. ummusaif Jan 4th, 2010 @ 11:16 | #13

    @MamaSyifa’

    salam puan.

    setiap bby adalah berbeza. namun ada sebilangan bby yg tidak bernasib baik. dan alhamdulillah saya rasa bby puan kemungkinan besar tidak tergolong dlm mereka yg tidak bernasib baik ini.

    saya rasa for now tak perlu buat CT BRAIN bcoz kejadian pun dh lama berlaku dan alhamdulillah bby kelihatan normal.
    (usually kalau bby ok after few days kejadian berlaku, means ok.). kalau ada impak selalunya perubahan fizikal akan berterusan dan kita akan nampak.

    Pendekatan di atas mainly utk bby yg jatuh within FIRST 24 HOURS (urgent/emergency management).

    Last but not least, PREVENTION IS BETTER THAN CURE (rasanya anak dh tak sesuai dok dlm cot kalau dah blh berdiri atau memanjat).

  9. MamaSyifa' Jan 4th, 2010 @ 11:43 | #14

    thanx a lot sis. really appreciate your reply. may Allah ease you owez.

    ummi lega :smile:

  10. ummu nouha Jan 5th, 2010 @ 12:37 | #15

    salam,

    best jugak discuss on tihis topic..byk sgt benda yg kita tak tahu..
    saya nak tanya la..actually which part yg dikatakan kepala baby..adakah seluruh bhgn dr muka hingga belakang dan ke atas kepala atau bhgn face is not include.. anak saya memang byk kali dah terhantuk sejak dia boleh jalan tapi most part yg selalu benjol sebesar bola pingpong ialah dahi dia sbb terhantuk kerana terjatuh..budak ni lasak skit..tp stakat ni tak pernah bwk hospital or klinik coz kami hanya tuam dgn ais utk kurangkan benjol n diapun nangis sekejap je lepas tu lasak balik.benjol tu amik 2 3 hari jugak br surut. org tua cakap yg bahaya bila terhantuk bhgn belakang kepala sbb bhgn tu yg berfungsi utk kecerdesan dan kepintaran budak..ye ke dr ? anak sypun ada jugak la jatuh kerusi ms main dgn abang2 dia yg lasak tu tp tak pnh ada kesan serius such as bengkak or muntah2..tp kalo byk2 kali jatuh terhentak boleh ada long term effect jugak yer dr?
    lagi satu kalau dh dr warded for 24 hours apa tindakan yer in case kalo confirm mmg ada injured pd kepala ke apa ke..i mean selalunya apa endingnya kalo case yg terhantuk seriously..smpi boleh bwk maut..ada ke dr operate..?..tq

  11. ummusaif Jan 5th, 2010 @ 21:06 | #16

    @ummu nouha

    salam puan.

    secara bahasa layman nya, kepala adalah dari dahi, merangkumi seluruh atas kepala, ke paras leher di belakang dan tepi telinga.

    semua bahagian kepala penting kerana fungsi2 punya. so jgn la pulak sebab benjol besar di dahi, kita tak kisah bcoz org tua2 kata cuma bahagian belakang yg penting (right fact but wrong interpretation).

    Poin yg saya perhatikan ramai org masih tak faham di sini ialah IMPAK YG SIKNIFIKAN iaitu cara dan mekanisma kejadian jatuh/terhantuk kepala itu.
    Kalau sgt tinggi, tengkok tergeliat, benjol yg besar, saya rasa mesti bawak berjumpa doktor sekurang2nya ke klinik.

    So, sama ada masuk ward atau tidak, saya nasihat biarlah doktor yg tentukan selepas diperiksa DAN BUKANNYA AWAL2 KATA “NAK BAWAK KE TAK BUDAK NI?”

    Kes mmg byk. Mmg ada yg meninggal dunia. Sy pernah lihat seorang ibu yg lewat membawa anak ke hospital walaupun anak beliau penuh luka dan darah di badan setelah di langgar kereta. Alasan di beri “anak nampak ok” walaupun penuh luka di badan.
    Hairan saya, mengapalah ada sesetengah parents yg ‘buta’ benda2 camni??

    Lagi satu jgn biarkan anak selalu terhentak kepala. Bcoz simptom ni byk peringkat. Dan ada yg tak perasan. Mungkin satu2nya simptom atau gejala ialah anda dapati anak tidak pandai belajar bila masuk sekolah kelak.

    So, nasihat saya dari seseorang yg byk melihat kematian disebabkan kecuaian ibu bapa ini ialah, TOLONGLAH BAWAK ANAK ANDA DIPERIKSA DOKTOR APABILA KEMALANGAN ATAU KECEDERAAN. DAN JGN PANDAI2 SENDIRI KECUALILAH ANDA SEORANG YG BYK MEDICAL KNOWLEDGE.

  12. abusaif Jan 5th, 2010 @ 22:45 | #17

    @ummu nouha

    salah seorang daripada saudara terdekat saya, anaknya mengalami kecacatan otak kekal (learning disability) kerana semasa bayi, beliau terhantuk kepala dengan kepala ayahnya…

  13. pakchaque Jan 9th, 2010 @ 10:30 | #18

    my cousin, (15yr old).. lumpuh..takleh buat apa dah…doktor ckp masa effect selalu jatuh, terhantuk kepala etc masa kecik2.. sgt aktif masa kecik a.k.a lasak… sgt baik perangai dgn org tua tapi sayang dah tak boleh buat apa2..setiap kali kawan2 dtg melawat, (klu yg dia masih boleh re-call) air mata sure meleleh..

  14. rulza Jan 11th, 2010 @ 00:40 | #19

    tak tau la, tapi saya memang paranoid ngan sesetengah doktor..sory la ummusaif..maksud saya bukan semua doctor. ni sebab pengalaman saya saja.

    ummusaif kata walaupun benjolan kecil tu bahaya..kita sebagai first timer parents pun memang cuak…tapi kalau pi hospital kalau takat benjol kat dahi dctor tak check detail pun. dia buta buta suh balik dan suh tunggu kalau ada apa-apa baru datang semula,,,,selalunya pengalaman saya la, kalau sakit2 biasa takkan dapat detect apa penyakit tapi bila dah takleh gerak dan telantar baru la nak wat full health screening.

  15. Puterikalimah4 Jan 17th, 2010 @ 20:42 | #20

    @rulza
    Ha’ah….betul tu.
    Doktor pulak yang ambil ringan bila kita segera tindakan.
    Akhirnya, cuaklah bila jadi apa-apa kemalangan kalau effect tak teruk.

    Alahai doktor…

    (Kebanyakkan doktor di klinik @ hospital swasta takkan buat macam ni pada pesakitnya. Klinik@ Hospital kerajaan selalu kena macam ni…sedih3…)

  16. rulza Jan 17th, 2010 @ 22:09 | #21

    @ummusaif
    biar betul mak ni..ada darah bagai masih cakap ok..kita anak jatuh kusyen pun berderau darah..rasa cam nak pecah jantung…hish…tak patut..

    bukan bahagian kepala saja..betulla rasa concern ummusaif bab jatuh2 ni..kalau jatuh macam mana pun kena prihatin..anak kakak kawan saya kena asma yang teruk jatuh terhempap dada semasa dia masih bayi…

  17. ummusaif Jan 18th, 2010 @ 01:13 | #22

    @Puterikalimah4

    cuma nak citer sikit la.

    doktor ni lain mengikut individu. ada yg competent dan ada yg tidak. kat mana2 pun cetu, cikgu, polis, peguam, ustaz dll.

    cuma nak citerla apa beza private dgn govt hosp yg kita semua kena faham. Private hosp, your money matters. Selagi ada duit, depa akan admit dan buat semua sampai yg tak perlu pun kadang2 depa buat.
    Tapi kalau takde duit, itu yg accident depan pintu pun depa tak buat apa2 (berbeza dgn hosp govt!)

    Govt hosp pulak, the bed situation matters. Beds are very limited. So hanya kes yg betul2 admit sahaja yg kita admit.

    But, we have observation ward iaitu wad sementara di bawah jabatan kecemasan. Antara fungsi wad pemerhatian ini ialah observe pesakit2 utk tempoh kurang dari 24 hours (when they r not admitted by the primary team eg medical, surgical or paediatrics).

    so kadang2 relative/parents risau keadaan pesakit, maka kami akan observe. kalau semua ok, kami akan discaj.

  18. athifah Jan 23rd, 2010 @ 20:38 | #23

    salam.
    saya masih tak faham.apa kelebihan CT brain ni?
    saya ada adik kurang upaya.
    kata doktor manegitties(xtau mcm mana nak eja)
    jangkitan kuman pd otak xsilap.
    adik saya jadi mcm ni sebab jatuh buai masa umo 3bulan.
    lepas jatuh dy dmam then hantar klinik.
    dlm dy dmam tu ada terkena sawan.
    tp doktor kata sawan biasa.normal.
    tp bila makin teruk ayah sy hntar hospital.(kepala adik sy membesar)
    bila kna tahan wad dy trus nak amik air tulang belakang sebab nak tau penyakit apa.
    tp da amik air tulang belakang banyak pulak efect dy.
    adik sy jadi hilang pendengaran dan hampir2 buta.
    sistem saraf dy rosak/xdpt berfungsi dgan baik
    perkembangan otak dy jd lambat dan xmampu berjalan pn.
    so apa kelebihan brain scan tu?
    kalau wat mende uh xyah amik air tulang belakang ke?
    kemungkinan untuk tak kena jangkitan kuman tinggi?
    adik sy memang xdpt dipulihkan mcm dulu
    tp sy nak tau untuk masa akn dtg.

  19. asma Feb 3rd, 2010 @ 11:11 | #24

    salam ummi,

    smlm, anak saya umur 1 tn 7 bulan terjatuh dari kerusi. kepala terantuk ke lantai.masa tu die nangis kuat dan terus muntah, lepas di pujuk, dia diam. dalam satu jam kemudian, dia aktif semula dan mula bemain-main dan memanjat semula seolah2 tak ada apa2 berlaku. dalam pkl 10, saya buatkan susu dan dia tidur. bangun semula pagi tadi, senyum, aktif dan ceria seperti selalu. saya buatkan susu dan dia minum macam biasa. saya belum bawa die ke hospital untuk pemeriksaan. perlu tak saya bawa die ke hospital? ada apa2 kesan sampingan tak akibat terjatuh?

  20. rose Feb 4th, 2010 @ 10:56 | #25

    salam ummi,

    mlm td anak sy jatuh dari katil. not sure brapa ketinggian dia. tapi agak tinggi jugak la sbb katil tu dah tinggi, ditambah lak tilam jenis tinggi tu.

    mlm td jatuh je dia terus nangis sekuat hati. pastu sy tuam2 kat dahi dia sbb ade bunyi kelekuk lepas dia jatuh tu..atas lantai (tiles)

    pagi ni dia nampak ok..cuma ade muntah sbb tak berrp (dia mmg jenis kuat muak/muntah)

    cam mana ye..sy tak pegi spital lagi ni..biasa sy refer paed kat PPUM..

    should i go to PPUM instead of dia looks normal?

    help…help….

  21. Halle Othman Feb 5th, 2010 @ 02:02 | #26

    Salam Ummu Saif,

    Saya ada 4 orang anak lelaki. Anak lelaki saya yang no 2 (sekarang berusia 6 tahun) pernah terjatuh dari sofa pada usianya 2 minggu (tidak pasti macammana jatuhnya) dan tidak menangis. Saya tidak membawanya ke klinik atau hospital kerana mendapati dirinya ok tanpa sebarang simptom setelah membuat pemerhatian sendiri di rumah untuk tempoh 24 jam berikutnya. Sehingga ke hari ini setiap apa yang berlaku kepada dirinya, akan saya perhatikan kerana saya takut ianya merupakan kesna akibat dari peristiwa jatuh tersebut.

    Sepanjang pembesarannya, saya boleh katakan dia kerap mengalami benjol di kepala akibat dari jatuh, terantuk, dsb berbanding dengan adik dan abangnya. Sebagai seorang ibu, saya risaukan keadaan itu memandangkan sejarah jatuhnya sebelum itu tetapi dari pandangan mata kasar dan setelah pemerhatian dibuat selama 24 jam ke atas kesan jatuh tersebut, dia ok dan tiada sebarang perubahan luar biasa, maka saya tidak merujuk ke klinik atau hospital.

    Walau bagagaimanapun, setelah 6 tahun berlalu dan berdasarkan pemerhatian saya,
    a) Dia masih lagi terkencing malam biarpun sudah berusia 6 tahun. Adiknya yang berusia 4 tahun tidak menghadapi masalah ini. Adakah ini merupakan antara kesan jatuh tersebut?

    b) Dari segi pembelajaran, dia cepat dalam Matematik tetapi menghadapi masalah dyslexic di dalam pembacaannya (b,d,p). Adakah ini juga merupakan kesan jangka panjang jatuh tersebut?

    Apakah yang harus saya lakukan? Saya ingin merujuk kepada pakar perkembangan kanak2 tetapi tidak tahu untuk ke mana dan kepada siapa.

    Terima kasih.

    Halle Othman

    Terima kasih

    Halle Othman

  22. may Feb 14th, 2010 @ 18:27 | #27

    Salam anak saya berumur 1 tahun 10 bln….terjatuh dan terhantuk bahagian belakang kepala di lantai mozek….kali pertama jatuh umur kurang setahun mungkin 8-9 bln….kalai yang kedua umur 1 tahun 10 bulan…tiada kesan muntah dan deman selepas jatuh….tapi saya risau akan kesan jangka panjang….bole ka ct scan ni dibuat keatas anak saya untuk mengetahui keadaan kpla di bahagian dalam?

  23. ummusaif Feb 20th, 2010 @ 11:46 | #28

    @may

    utk kes2 yg sudah lama, ct scan hanya akan dibuat jikalau ada simptom.
    kalau takde simptom dan sudah lama berlaku, selalunya inshaAllah takde apa2.

  24. Khansa' Feb 20th, 2010 @ 18:51 | #29

    Salam Alaikum,

    Artikel yang sungguh menarik daripada Ummusaif.

    Saya ingin berkongsi sedikit info.

    Tujuan utama CT scan otak dibuat adalah untuk melihat samada anak/bayi itu mengalami kecederaan serius, terutamanya pendarahan dalam otak atau keretakan di tulang kepala.

    Kebanyakan kesan daripada jatuh yang menyebabkan kecederaan otak akan berlaku dalam masa terdekat (terutamanya dalam 24jam yang pertama).

    Ada juga kecederaan kepala yang hanya menunjukkan simptom setelah beberapa hari, malah boleh setelah minggu2 lamanya, namum amat2 jarang berlaku. Saya pernah melihat kes bayi jatuh yang hanya mengalami simptom setelah 5 hari jatuh, (bayi ini kena sawan)

    Sekiranya bayi jatuh, salah satu keadaan2 yang tersebut di bawah ini akan menyebabkan bayi itu MESTI ditahan di wad untuk observation atau rawatan selanjutnya:
    1. Hilang kesedaran (sekejap atau lama)
    2. Menangis ‘irritable’ (berbeza dengan menangis sebab sakit, yang selalunya sekejap2 dan dapat dipujuk)
    3. Muntah2
    4. Tidak aktif, selalu tidur sahaja atau tidak mahu minum
    5. Sawan
    6. Benjolan yang besar, pendarahan dari hidung/telinga/mulut, atau lebam di mata, atau lain2 kesan fizikal yang signifikan.
    7. High impact fall
    8. Bayi yang masih belum boleh berpusing (<3 bulan) – boleh disyaki kesan penderaan.
    9. Apa2 penemuan yang tidak normal semasa pemeriksaan oleh Doktor.

    Sekiranya sudah lebih 24 jam dan anak anda terus tiada simptom/benjolan besar, perhatikan saja di rumah. Sekiranya ada simptom baru, terus bawa ke hospital, bahagian kecemasan (bukan ke GP/klinik kesihatan).

    CT scan tidak perlu dibuat kepada anak2 yang sudah lama jatuh dan tiada apa2 simptom.

    Berkenaan tentang perkembangan anak pada masa akan datang, tidak akan dapat dipastikan secara langsung melalui CT scan. Kesan perkembangan anak yang tidak normal pada masa sekarang juga tidak dapat dipastikan samada ia secara langsung berkaitan dengan jatuh yang dulu, atau berkaitan dengan faktor2 lain.

    Apa2 pun, seperti Ummusaif yang katakan 'mencegah lebih baik daripada merawat dan menyesal'.

    Sedikit panduan:
    1. Bayi yang belum pandai berdiri/memanjat MESTILAH diletakkan dalam 'cot'. Walaupun yang baru lahir, sebab risiko untuk jatuh masih ada. Sekarang bayi 3 bulan pun sudah pandai berpusing. Sekurang2nya, letakkanlah bantal sebagai penghadang.

    2. Bayi yang pandai memanjat, elakkan daripada diletakkan di dalam cot atau di tempat tinggi seperti high chair tanpa pengawasan orang dewasa.

    3. Pastikan anak anda yang aktif tidak dibiarkan tanpa pengawasan orang dewasa.

    4. Pastikan rumah anda bebas daripada ancaman berbahaya terhadap kanak2.

    5. Terangkan kepada 'maid' berkenaan tentang bahayanya kecederaan kepala dan pentingnya untuk diberitahu dengan segera. (kerana banyak kes, maid diamkan saja kerana takut dimarahi)

    Wallahu'alam.

  25. ummusaif Feb 20th, 2010 @ 20:27 | #30

    @Khansa’

    Terima kasih Dr Khansa’.

    Nanti datang lagi ya.

  26. unknown Feb 26th, 2010 @ 00:11 | #31

    salam.sya ad anak sedara skarang umur 9 bulan..die susah nak tgak kepala n kaki..dah byak kali pgi urut..pengurut mengatakan kmungkinan jatuh mse lahir.jd akak saya(mak bayi),mengiyakan n mgatakn bhwa die klam kabut mse brsalinkn anak die(anak prtama la ktakan),n mrasakn bhwa pgung diangkat tinggi mse brsalin.n jga msalah kpala trjatuh mse lhir..baby 2 jga ad dbawa brjmpe doktor,dr mgtakan ntuk xray,mak sya xbnrkn krn dr mnx sgnature, so tkot risiko…so,nk tye ummusaif,apakah sbnrnyer pyakit anak sedara sya,n adkah wajar di’xray’ n apakah pnrgn trhadap pyakit ini..syukran,,,

  27. unknown Feb 26th, 2010 @ 00:21 | #32

    salam.bolehkah ummi mmberi no fone ntuk akak sya hubungi demi kebaikn anak dye in order 2 make sure that akak sy can tell da actual prob dgn mndgr dr mulut ummi sndri.klu boleh,bgla d alamat email sya.insyaAllah sya akn mnyimpan num dgn baik(tidak mnyebrkn)..syukran

  28. unknown Feb 26th, 2010 @ 00:35 | #33

    maafkn sya..tertinggal info about da prob anak sedar sya…akak sya x risau sgt sbb anak dye kuat minum susu n kuat tido,sbb biasanyer baby yg sakit x slera ntuk mnum(adkah bnar fact ini?)..bdan baby jga berisi,n brat bdn brtambah..klu nk dukung, mesti kna pgang kpala dye sbb xleh tgak,jd kpalanyer nti,akan lemah n senget…

  29. Amy Mar 1st, 2010 @ 13:03 | #34

    Salam..saya ada seorang anak berumur 1 tahun 8 bulan. Kelmarin anak saya jatuh terlentang dan terhentak kepala di atas lantai mozek yang licin.Apa yang perlu saya lakukan???Ini kerana selapas jatuh dia menangis dengan kuat dan kemudian bermain seperti biasa.Cuma semasa hendak tidur agak merengek mungkin akibat kesan hentakan tersebut. Untuk pengetahuan ummi anak saya selalu terhentak (4-5 kali hentakan sejak lahir) sejak dari kecil dan pernah alami benjol sebesar telur di dahi ketika jatuh bermain.Saya risau dengan keadaan anak saya takut kalau berlaku gegaran otak??Adakah saya perlu merujuk doktor??

  30. ummusaif Mar 1st, 2010 @ 14:56 | #35

    @Amy

    salam. nasihat saya, kalau anak nampak ok, observe dulu. kalau ada simptom atau puan risau, bawalah berjumpa doktor.

    cuma saya nak tahu, kenapa byk sgt kali terhentak? umur dia baru 1 tahun 8 bulan..

  31. anie_penang Mar 2nd, 2010 @ 16:22 | #36

    Salam ummusaif
    Anak saya baru berusia 4 bulan.ini anak pertama saya. Semalam baru ja mendapat suntikan kali ke 2.paginya dia di suntik,saya terus bagi ubat takut dia demam.petangnya pula, ntah mcmana,buaian dia tercabut dan dia jatuh.tinggi buai dalam 2 kaki.dia jatuh ke lantai..kepala dia ada alas bantal.saya terlelap masa 2.sangat terkejut n panik bila dengar baby saya menangis dgn kuat.saya angkat dan kendong,pujuk2 dia..
    Dia berhenti nangis,lepas 2 dia aktif lagi..cuma saya tak dapat bezakan kesan cucuk atau jatuh 2.malam semalam badan dia panas dan dia kurang mimum susu.saya jelum badan dan kepala di samping bagi ubat yang saya dpat dari klinik.
    pagi ni,saya check panas badan dah kurang,dia minum susu n tido..arini saya datang keja dgn ati yang sangat risau.balik ni saya akan check ada x lebam n tanda2 yang pelik.apa cadangan doktor..saya runsing..tolong la doktor

  32. unknown Mar 7th, 2010 @ 11:25 | #37

    huhuhhu..nape ummi x jwb soklan unknown?sdey3.

  33. ummusaif Mar 7th, 2010 @ 12:25 | #38

    @unknown

    nasihat saya, jgn pergi dah tukang urut tu. Merbahaya sungguh mengurut budak kecik. tolong bwk anak tersebut utk susulan di hosp pakar dgn SEGERA eg PPUKM, ada pusat tumbesaran kanak2 (child development care) under jabatan paediatrik.
    blh minta mana2 doktor klinik berbayar/klinik kesihatan utk buat surat rujukan tersebut.

    atau kalau risau, terus bawa ke mana2 jabatan kecemasan yg ada khidmat doktor pakar.

  34. hanifumi Mar 9th, 2010 @ 00:01 | #39

    salam…
    anak saya baru2 ni terjatuh dari buaian..dan menyebabkan kepalanya terkena besi buaian dan berdarah sedikit serta benjol.lalu dia menangis..kemudian itu saya telah bawanya berjumpa doktor pakar kanak2.dan dari pemeriksaan dktr tersebut anak saya tidak mengalami sebarang masalah atau kecederaan dalaman..anak saya kini berumur 2 thn 2 bln dan beratnya 12 kg.

Submitting Comment, Give me a second...

Leave a comment

Allowed tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>
Trackbacks & Pingbacks ( 0 )
  1. No trackbacks yet.