Tahukah anda, sebenarnya…
- Tahukah anda panggilan kecemasan negara kita telah diselaraskan kepada angka 999 (112 untuk telefon mudah alih)?
- Tahukah anda semua telefon kecemasan kita akan ditapis oleh operator TM Berhad?
- Tahukah anda panggilan anda akan disambungkan kepada hospital yang terdekat dengan kawasan anda?
- Tahukah anda hospital di negara kita dibuka 24 jam setiap hari dalam tempoh 365 hari?
- Tahukah anda perkhidmatan ambulans adalah percuma (kecuali ambulans swasta seperti St John)?
Oleh itu…
Tiada lagi alasan untuk seorang isteri terpaksa menunggu suami pulang ke rumah dari outstation untuk membawa anak yang mengalami demam sawan (a true emergency)!
Didiklah ahli keluarga anda mengenal ambulans.
UMMUSAIF.COM
68000, Ampang.

Salam…
Owh..panggilan kecemasan di tapis?
Tapi, mengapa ada yang berkata panggilan kecemasan sia-sia kerana tindakan yang lambat akibat daripada jutaan panggilan palsu? herm ataupun penapisan ini masih usaha baru?
Kasihan saya melihat tragedi kemalangan yang berhampiran dengan sebuah hospital swasta. Kemalangan jalan raya betul2 berlaku di hadapan hospital tersebut. Namun, pihak hospital tidak menerima orang yang cedera parah (patah tengkuk) dengan alasan kerana tiada siapa yang akan membayar.
Terpaksa pula di kejarkan ke hospital kerajaan yang hampir 1 jam perjalanan.
Kejam sungguh pihak hospital sebegitu.
Bagaimana doktor boleh sikap sedemikian rupa?
Sy yakin ummusaif tentu bukan doktor sebegitu. Doktor di hospital berkenaan kebanyakkannya non-muslim.
Moga-moga akan datang tiada lagi doktor yg mementingkan wang ringgit semata dan khidmat seikhlasnya.
*Memang berguna info ini.