Salam buat pembaca sekalian..

Hmm sudah lebih sepurnama saya tidak menulis di blog. Suami pun sesekali mencuit kesepian serta hinggakan seorang pembaca menghantar mesej personal kepada saya, bertanyakan artikel baru daripada Ummusaif. Maaflah, beberapa minggu ini terlalu banyak perkara yang difikirkan, terlalu banyak assignment yang tertangguh dan terlalu banyak tanggung jawab dan amanah yang perlu dilaksanakan terutama semenjak Abu Saif banyak bermusafir dalam tempoh sebulan ini.
Semasa Abu Saif bermusafir tempohari, setiap hari saya berulang alik menghantar anak ke sekolah. Tambahan pula saya bekerja sepanjang cuti hari raya cina. Dan sebagai ibu, semestinya tanggung jawab saya lebih untuk mengadap dan melayan kerenah anak-anak sepanjang cuti tersebut. Maka, apabila balik sahaja ke rumah (daripada kerja), saya terus mengadap anak-anak terutama si kecil. Anak-anak sangat terkesan semasa ketiadaan abi mereka. Sesekali mereka akan bersuara bertanyakan abi. Paling teruk ialah Saiful Islam yang tiba-tiba sahaja kelihatan senyap, tidak berkata-kata atau ketawa selama sehari pada hari ke 5 abi pergi. Read more…

Sudah hampir 6 bulan Naurah di Smart Reader. Akhirnya, sampailah hari report card Naurah.
Setelah selesai tutorial di PPUKM hari ini, suami saya terus mengambil saya untuk ke Smart Reader Naurah.
Sesampai di Smart Reader, hanya saya dan Naurah pergi berjumpa guru kelas. Suami saya lebih ‘rela’ duduk menunggu di dalam kereta daripada bersemuka dengan guru. Pengalaman beliau sebelum ini dengan guru di situ membuatkannya serik untuk berjumpa dengan mana-mana guru. Read more…

Insya Allah kami sekeluarga akan berangkat ke Ipoh esok. Ini mungkin kali terakhir saya mengemaskinikan blog sebelum Syawwal tiba. Read more…

Sabtu lepas, kami sekeluarga balik kampung di Ipoh. Sebenarnya sudah 8 bulan saya tidak balik Ipoh. Anak-anak pula kali terakhir balik Ipoh adalah pada Raya Aidilfitri tahun lepas. Ini semua gara-gara alah semasa mengandung yang membuatkan saya tidak larat untuk travelling jauh-jauh.
Anak-anak bukan main lagi gembira dapat balik ke kampung. Di sebelah Manjoi, 4 keluarga adik beradik saya juga menanti di Manjoi selain ayah yang sudah uzur. Riuh rendah rumah ayah dibuatnya dengan separuh daripada 32 orang cucu ayah. Seperti balik raya pula jadinya. Alhamdulillah, hilang rindu semua orang.
Balik kali ini saya dapat merasakan menu baru Kak Uda iaitu isteri abang saya, Uda. Beliau memang pakar dalam urusan masak memasak termasuklah memasak untuk kenduri kendara. Beliau sedang membuat resepi baru untuk buah cempedaknya yang banyak dipungut dari kebun di Bota Kiri. Oleh kerana ini bulan puasa, maka beliau cuba untuk membuat sesuatu agar buah cempedaknya habis dimakan orang. Read more…