
Subuh kali ini, seperti biasa saya akan menjengah internet buat seketika sebelum mata terlena untuk berehat dalam tempoh lebih kurang setengah ke satu jam. Ah, nampaknya hubby sudah ada menulis artikel baru malam tadi. Artikel yang cukup releven, yang sering ditanya ramai kepada kami. Malah, ia juga sangat releven dalam hidup saya sendiri.
Tiba-tiba di shoutbox SIO, kelihatan seseorang sedang bertanyakan sesuatu kemusykilan agama. Biasanya saya dan hubby kurang gemar untuk menjawab sebarang kemuyskilan fekah di shoutbox kerana kebanyakannya sudah pun diketahui umum (easily available on the internet) dan ruang di shoutbox itu tidak sesuai digunakan untuk menjawab kemusykilan tadi kerana ianya terlalu sempit. Kadang-kadang, si penanya sudah pun tahu akan jawapannya. Namun, dia bertanya sekadar untuk mengetahui pandangan Abu atau Ummu Saif, itu saje.
Tapi, kali ini soalan yang ditanya adalah berkenaan penggunaan inhaler di siang ramadhan. Memang , ia merupakan isu yang saintifik lagi kontemporari dan ulama’ di seluruh dunia juga saban tahun membincangkannya. Saya juga setiap tahun, akan membaca sebarang informasi terkini untuk kegunaan sendiri memandangkan saya dan hubby merupakan pengidap asma yang kronik. Saya sendiri menggunakan inhaler pada setiap hari terutama di waktu subuh.
Saya teringat hubby pernah berdiskusi dengan Ustaz Zaharuddin berkenaan isu inhaler ini semasa kami tinggal di Ireland dulu. Dan nampaknya isu inhaler ini masih asing buat kita semua.
Alhamdulillah, di dalam blog Ustaz Zaharuddin, beliau ada menulis dengan terperinci tentang fatwa mengenai inhaler di siang ramadhan. Di dalam entri beliau tersebut juga diterangkan kemuyskilan-kemusykilan fekah yang lain yang bersangkut paut dengan ramadhan. Masih tidak terlambat lagi untuk kita update ilmu dan informasi tentang permasalahan fekah walaupun sudah berada di hujung ramadhan. Read more…
