Archive for the "Tazkirah" Category

Ya Allah, Kau Tempatkan Rohnya Di Dalam Syurga Mu..

Begitu menyayat hati. Sungguh sedih. Tidak mampu saya menahan air mata yang mengalir seumpama air sungai. Jantung saya bagaikan ditikam besi tajam yang sangat memedihkan. Berita adik Syafia Humairah yang mati didera oleh teman lelaki ibunya, begitu memilukan. Ya Allah, mengapa ada manusia yang sedemikian rupa?!

Read more…

Untuk Renungan Bersama..

Sekadar untuk renungan bersama. Fikir-fikirkan…

fitnah

 

“Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu akan ditanya tentang apa yang dilakukannya.” (Surah al-Isra: ayat 36)

“Mereka hanya mengikut sangkaan, sedang kan sesungguhnya sangkaan itu tidak berfaedah sedikit pun terhadap kebenaran.” (Surah al-Najm: ayat 28)


Tarbiyah Daripada Allah

24112007244

Khamis lalu saya pergi kerja seperti biasa.

Setelah 2 hari terlantar sakit dengan selsema, batuk dan asma, akhirnya Alhamdulillah saya segar kembali untuk meneruskan khidmat saya di green zone, Jabatan Perubatan Kecemasan PPUKM.

Sudah 2 minggu saya berada di green zone memandangkan saya sudah tidak bertenaga lagi untuk bekerja sesi syif dan juga melakukan oncall. Green Zone merupakan bahagian pesakit yang tidak kritikal dan mungkin juga pesakit yang tidak sepatutnya datang mendapatkan rawatan di Jabatan Kecemasan. Triaj pesakit adalah bermula daripada triaj 3 hingga 6. Tempoh menunggu bagi triaj 3 adalah selama 2 jam manakala 4 jam untuk triaj 4. Triaj 5 dan 6 adalah untuk kanak-kanak dan juga warga emas.

Read more…

Jumaat Yang Malang

motor-accident

Salam Jumaat buat semua. Semoga semua dalam kemanisan iman.

Seperti biasa pada setiap hari Jumaat, saya akan mengambil Saiful Islam dari sekolahnya pada pukul 12.30pm. Sekolahnya terletak di Taman Resmi Jaya, bersebelahan Taman Kosas di Ampang.

Pukul 12pm ke atas memang sudah lazim waktu yang sibuk kerana ia waktu rehat bagi semua penjawat awam serta waktu rehat sekolah sementara masuk waktu sesi petang. Jalan utama di Taman Kosas sudah pun jem. Semua kereta dengan perlahan-lahan menyusuri sepanjang jalan utama tersebut. Read more…

Pena Binasa

Entri saya kali ini adalah salah satu komen saya dalam artikel Abu Saif yang bertajuk Pena Jasa Pena Binasa.

Ya, sudah tentu setiap perkara itu ada kebaikan dan keburukannya.

Kalau bercerita tentang kebaikan internet, pasti tidak mampu untuk disenaraikan semuanya.

Tapi bagaimana pula dengan keburukannya?

Apa yang saya nampak tentang internet, ia bukan sahaja mengubah penulisan orang, ia juga mengubah identiti, hati serta perwatakan orang itu.

Mungkin apa yang akan saya nukilkan kali ini berbeza sedikit daripada apa yang telah disampaikan oleh Abu Saif di dalam artikel tersebut.

Namun, marilah kita renung sejenak.. Read more…